RANAU: Keadaan mencabar pendakian Gunung Kinabalu terus memberi ancaman apabila seorang lagi pendaki mengalami komplikasi ketika mendaki pada pagi Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Mohd Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Sick Bay Km 4 Mt Kinabalu kira-kira jam 11 pagi.
“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.10 pagi dan sepasukan lima anggota diketuai Komander Operasi PBB Wady John termasuk
Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MoSAR) serta renjer gunung dan anggota ParkSAR bergegas ke lokasi kejadian.
“Apabila pasukan kami tiba di lokasi yang terletak 2km dari pos MoSAR, kami mendapati seorang pendaki wanita tempatan berusia 27 tahun mengalami kaki terseliuh ketika menuruni gunung.
“Anggota MoSAR bersama ParkSAR membawa mangsa turun menggunakan teknik ‘piggy back carry’ ke Pintu Timpohon. Wanita itu kemudian diserahkan kepada pihak ambulans KKM untuk tindakan lanjut,” katanya.
Ia adalah kes ketiga untuk Februari dan ketujuh untuk 2025.