Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tujuh warga Filipina masuk Sabah secara haram kena empat bulan
Published on: Thursday, February 13, 2025
Published on: Thu, Feb 13, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Tujuh warga Filipina masuk Sabah secara haram kena empat bulan
Kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda maksimum RM10,000 serta sebatan jika sabit kesalahan.  
Kota Kinabalu: Tujuh warga Filipina dijatuhi hukuman penjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini secara haram.

Mereka ialah Zul Albanti, Jie Sahisa, Shem Muhamad, Fhadzreyn Muhammad, Jimang Aslama @ Anjimar, Siti Ragina Bambra dan Edan Idjik.  

Advertisement
Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, menjatuhkan hukuman itu terhadap pendatang asing tanpa izin terbabit selepas mereka mengaku bersalah memasuki negeri ini tanpa dokumen sah.

Kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda maksimum RM10,000 serta sebatan jika sabit kesalahan.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesemua PTI itu ditahan polis di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan di Beaufort pada 24 Januari tahun ini selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.  

Semasa mitigasi, mereka memaklumkan mahkamah bahawa mereka telah menetap di negeri ini tanpa dokumen sah selama beberapa bulan hingga beberapa tahun dan bekerja sebagai buruh.  

Advertisement
Warga asing itu turut merayu agar dihantar pulang ke negara asal masing-masing secepat mungkin.   Mahkamah memerintahkan hukuman penjara mereka bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Selepas menjalani hukuman penjara, kesemua PTI itu akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen dan data biometrik mereka akan diambil. Sementara itu, seorang lagi warga Filipina dijatuhi hukuman penjara setahun kerana tinggal di negeri ini selama tiga tahun empat bulan selepas pas khasnya tamat tempoh.  

Advertisement
Teng Hj Man Kasim mengaku bersalah tinggal lebih masa di negeri ini selepas dokumennya tamat pada 21 September 2021 dan dia ditahan pada 22 Januari tahun ini di sebuah tapak pembinaan di Batu 3, Jalan Penampang.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Imigresen, Mohd Hairul Bona tampil untuk pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here