Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Penduduk di Karamunting bakal nikmati bekalan elektrik lebih stabil
Published on: Thursday, February 13, 2025
Published on: Thu, Feb 13, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Penduduk di Karamunting bakal nikmati bekalan elektrik lebih stabil
Dalam tempoh sebulan, SE telah menggantikan tiang elektrik dan kabel baharu di kawasan ini, selain mengalihkan beberapa tiang elektrik yang berada terlalu dekat dengan jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan.
SANDAKAN: Penduduk Kampung Air hingga Kampung Bokara, Karamunting, kini boleh menikmati bekalan elektrik yang lebih stabil susulan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur oleh Sabah Electricity (SE).

Dalam tempoh sebulan, SE telah menggantikan tiang elektrik dan kabel baharu di kawasan ini, selain mengalihkan beberapa tiang elektrik yang berada terlalu dekat dengan jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan.

Advertisement
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, meluahkan rasa gembira dengan usaha berterusan SE dalam menaik taraf kemudahan di kawasannya.

“Sebelum ini, kerja-kerja naik taraf telah dilakukan di Jalan Cecily, kini di Kampung Air dan Kampung Bokara pula. Ini penting bagi memastikan bekalan elektrik lebih stabil untuk penduduk. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Inilah yang sentiasa ditekankan oleh kerajaan; air, elektrik, dan jalan raya. Kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut berharap kerja-kerja naik taraf infrastruktur asas di kawasan Karamunting akan terus diperkasakan demi kesejahteraan penduduk setempat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here