Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Malaysia teguh komitmen dapatkan kembali aset 1MDB
Published on: Thursday, February 13, 2025
Published on: Thu, Feb 13, 2025
By: Mohd Izham Bin Hashim
Text Size:
Text:
Malaysia teguh komitmen dapatkan kembali aset 1MDB
Johari berkata pasukan petugas itu percaya Goldman Sachs belum menjelaskan pembayarannya kepada Malaysia, yang masih dalam timbang tara.
Kota Kinabalu: Kerajaan Malaysia kekal teguh dalam komitmennya untuk mendapatkan kembali aset daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Negara kita meneruskan usaha mendapatkan kembali ini, bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi juga di Switzerland, United Kingdom, Hong Kong, Singapura dan banyak negara lain,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Lembaga Koko Malaysia 2025 di sini, pada Isnin.

Advertisement
Beliau berkata pasukan petugas pemulihan aset 1MDB tidak akan terjejas oleh pembubaran Keptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) Jabatan Kehakiman (DoJ) AS.

Laporan media pada 7 Feb dipetik menyatakan KARI yang memainkan peranan penting dalam menyiasat dan mendakwa Skandal 1MDB, telah diarah dibubarkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Wartawan penyiasat Bradley Hope berkata Peguam Negara AS Pam Bondi mengumumkan penutupan serta-merta kedua-dua KARI dan Task Force Klepto Capture dalam e-mel Rabu lepas.

DoJ telah menggunakan kuasa KARI di bawah undang-undang pelucuthakan aset sivil untuk merampas lebih AS$1 bilion (RM4.47 bilion) aset yang dikaitkan dengan dana yang diselewengkan daripada 1MDB, termasuk hartanah mewah, karya seni dan barangan bernilai tinggi lain yang dibeli dengan wang yang digelapkan.

Advertisement
Johari berkata pasukan petugas itu percaya Goldman Sachs belum menjelaskan pembayarannya kepada Malaysia, yang masih dalam timbang tara.

“Terdapat pertikaian mengenai perjanjian pembayaran yang ditandatangani Goldman Sachs dengan kerajaan terdahulu. Mereka hanya membayar AS$2.5 bilion (daripada AS$3.9 bilion).

Advertisement
“Jadi, kita perlu (menyelesaikan) perkara ini melalui proses timbang tara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here