Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tahan dua bot tunda langgar Akta Perikanan
Published on: Friday, February 14, 2025
Published on: Fri, Feb 14, 2025
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tahan dua bot tunda langgar Akta Perikanan
ANTARA kru bot yang ditahan.
KUDAT: Dua bot nelayan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kudat kerana melakukan aktiviti menarik pukat tunda kurang tiga batu nautika dari daratan, pada Rabu.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, penahanan terhadap kedua-dua bot pukat tunda terbabit adalah hasil maklumat yang diterima daripada Swasla Sabah awal hari sama.

Advertisement
Hasbullah berkata, salah sebuah sebuah bot itu berjaya dikesan di kedudukan sekitar 1.5 batu nautika tenggara Tanjung Tambuluran, manakala sebuah lagi dikesan di lokasi sekitar 0.88 batu nautika barat laut Tanjung Bangau.

Menurut Hasbullah, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menarik pukat tunda kurang tiga batu nautika daripada daratan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambahnya, sepuluh individu termasuk dua tekong warga tempatan dan lapan warga Indonesia berumur 27 hingga 56 tahun yang mengendalikan bot berkenaan turut diperiksa.

Katanya, kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Advertisement
Bot dan kesemua kru yang ditahan dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.

Orang ramai juga diminta melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here