Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Dua lagi pendaki cedera
Published on: Friday, February 14, 2025
Published on: Fri, Feb 14, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Dua lagi pendaki cedera
ANGGOTA MoSAR membawa mangsa turun.
RANAU: Keadaan licin di Gunung Kinabalu sekali lagi mencabar pendaki apabila dua lagi mangsa cedera ketika mendaki Gunung Kinabalu dalam dua kejadian berasingan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Mohd Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian pertama melibatkan lelaki warga tempatan berusia 27 tahun yang terseliuh buku lali kanan.

Advertisement
“Kejadian berlaku di Sick Bay Kilometer 6.4 Gunung Kinabalu kira-kira jam 7.40 pagi Rabu.

“Selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, sepasukan sembilan pegawai dan anggota diketuai Komander Operasi PBB James Bulangou, termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MoSAR) serta anggota ParkSAR dan APM bergegas ke lokasi kejadian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Apabila tiba di lokasi, pasukan MoSAR memberikan rawatan awal dan membawa mangsa turun ke Pintu Timpohon menggunakan Pengusung Robinson, sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans APM dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ridwan berkata kejadian kedua membabitkan seorang wanita tempatan berusia 32 tahun yang terseliuh buku lali kiri ketika mendaki Gunung Kinabalu pada Khamis.

Advertisement
“Panggilan diterima melalui talian balai pada pukul 10.46 pagi memaklumkan seorang pendaki tergelincir dan tidak dapat meneruskan pendakiannya sendiri.

Sekumpulan lapan anggota MoSAR diketuai PBB Feranideh Medi bergegas ke lokasi kejadian.

Advertisement
“Setibanya di lokasi, pasukan bersama kakitangan Taman-Taman Sabah memberikan rawatan awal dan membawa wanita itu turun ke Pintu Timpohon menggunakan kaedah ‘piggyback carry’.”

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut. Operasi tamat pada jam 3.03 petang,” katanya.

Menurut Ridwan, kes pada Rabu dan Khamis itu menjadi kes keempat dan kelima bagi Februari tahun ini, dan kes ke-8 dan 9 bagi 2025. Pada Januari, empat pendaki mengalami pelbagai kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here