Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
32 PTI dipenjara
Published on: Saturday, February 15, 2025
Published on: Sat, Feb 15, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
32 PTI dipenjara
Kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 serta sebatan jika sabit kesalahan.  
KOTA KINABALU: Seramai 32 pendatang tanpa izin masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.  

Mereka ialah Aidal Hami, Mohd Nuh Mukim, Bujar Angki, Rammy Arela, Juldimar Idik, Azman Abd Rahman, Benju Basir, Habir Abdullah, Al Najar, Al Najir, Al Mujib, Asran, Sailan, Gajil, Al Falsie, Louie Marinsil, Amran, Nurjimal, Alni, Bensar, Arman, Arabia, Azmin, Mohd Fadli, Nasir, Nursimah, Sera, Abu Ayir, Adam, Jenglot, Jhonrey dan Margarita, berusia antara 20 hingga 50 tahun.  

Advertisement
Kesemua pendatang tanpa izin yang terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina itu mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain, kerana memasuki negeri ini tanpa dokumen sah.  

Kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 serta sebatan jika sabit kesalahan.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pendatang tanpa izin itu ditahan oleh pasukan Imigresen yang menjalankan operasi di Beaufort, Sipitang, One Borneo Hypermall dan Kompleks Beli-Belah Centre Point, di sini pada Januari tahun ini selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.  

Semasa mitigasi, mereka memaklumkan mahkamah bahawa mereka sudah menetap di negeri ini selama beberapa bulan dan tahun tanpa sebarang dokumen serta bekerja sebagai buruh.  

Advertisement
Pendatang asing tanpa izin itu juga memohon agar dihantar pulang ke negara asal masing-masing secepat mungkin.  

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara mereka bermula dari tarikh mereka ditangkap.  

Advertisement
Selepas selesai menjalani hukuman, kesemua pendatang asing tanpa izin terbabit akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.  

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Imigresen, Mohd Sharifuddin Salim, mengendalikan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here