Mon, 15 Jun 2026
Headlines:
Dua pemandu mabuk kena sehari, denda
Published on: Saturday, February 15, 2025
Published on: Sat, Feb 15, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Dua pemandu mabuk kena sehari, denda
Majistret Nur Faezah Jafry menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua lelaki itu mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020).  
SANDAKAN: Dua pemandu lelaki tempatan berusia 50-an masing-masing dipenjara sehari dan denda RM10,000 atau penjara enam bulan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol pada Januari lalu.  

Majistret Nur Faezah Jafry menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua lelaki itu mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020).  

Advertisement
Kesalahan itu dilakukan ketika sekatan jalan raya dalam operasi Ops Mabuk yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan pada waktu malam antara Batu 4 dan Batu 5, di sini.  

Kedua-duanya membayar denda dan menjalani hukuman penjara sehari, selain lesen memandu mereka digantung selama dua tahun.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, seorang lagi lelaki tempatan berusia 50-an mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama dan dibenarkan ikat jamin RM2,500 dengan dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh sebutan kes seterusnya.  

Di mahkamah sama, seorang lelaki tempatan berusia 40-an dan seorang wanita berusia 50-an turut dipenjara sehari serta denda RM6,500 atau tujuh bulan penjara bagi lelaki, dan RM5,500 atau lima bulan penjara untuk wanita kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan membabitkan individu lain.  

Advertisement
Mahkamah turut memerintahkan rekod sabitan mereka diendors pada lesen memandu masing-masing.  

Dalam kes berasingan, seorang lelaki tempatan berusia 20-an didenda RM5,500 atau penjara 11 bulan kerana mempamerkan nombor pendaftaran yang tidak sepadan dengan kenderaan miliknya.  

Advertisement
Dia menjalani hukuman penjara selepas gagal membayar denda.

Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Irianshah Bakar, mengendalikan pendakwaan.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here