LAHAD DATU: Kesesakan lalulintas berlaku sekitar jam 4 petang di laluan utama persekutuan Jalan Lahad Datu - Kunak di kedua-dua arah, apabila sebuah treler yang mengangkut jengkaut (excavator) tersangkut pada jambatan Sg Dewata - Sabahan di sini, Sabtu.
Lalulintas masih tergendala semasa berita ini ditulis dengan jengkaut itu kelihatan terjatuh daripada trailer berkenaan, sementara palang bahagian atas jambatan ada yang runtuh.
Ramai pemandu berkongsi video dan gambar berkenaan situasi tersebut di media sosial (Facebook dan WhatsApp).
Pemandu yang dalam perjalanan daripada Tawau/Semporna/ Kunak ke Lahad Datu atau Kota Kinabalu dan sebaliknya tidak dapat meneruskan perjalanan mereka.
Seorang pemandu, Karim berkata banyak kenderaan ketika ini tidak dapat meneruskan perjalanan mereka kerana tiada jalan alternatif lain.