Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Maritim tumpas cubaan seludup keluar 6,000 liter petrol di Kudat
Published on: Saturday, February 15, 2025
Published on: Sat, Feb 15, 2025
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Maritim tumpas cubaan seludup keluar 6,000 liter petrol di Kudat
Bot serta tong biru berisi minyak petrol yang dirampas Maritim Malaysia. (Foto Maritim Malaysia)
KUDAT: Cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol ke Filipina gagal ekoran tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat dekat sini pagi tadi (Sabtu).

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, kira-kira jam 4.00 pagi pada Sabtu, pihaknya telah menerima maklumat daripada Unit Risikan Zon Maritim Kudat berkenaan kegiatan terbabit.

Advertisement
Menurut Hasbullah, bertindak atas maklumat tersebut, aset ronda Zon Maritim Kudat, Bot Adal 04 yang pada ketika itu sedang menjalankan rondaan Op Sejahtera /Oo Tiris /OP Pluto Timur dan Op Cegah PATI segera diatur gerak ke lokasi. 

Katanya, pada jarak kira-kira 2.8 batu nautika barat laut Pulau Mandi Darah, bot suspek telah berjaya dikesan iaitu sebuah pam bot sedang bergerak perlahan dan mencurigakan dalam keadaan gelap.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Semasa bot suspek cuba dihampiri, dua individu bertindak nekad terjun ke kawasan cetek dan melarikan diri ke kawasan paya bakau berhampiran. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan membawa muatan 30 tong berwarna biru berisi minyak petrol dianggarkan 6000 liter serta enam tong gas berwarna kuning."
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here