Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Tawau tuan rumah Saga XI Oktober Ini
Published on: Sunday, February 16, 2025
Published on: Sun, Feb 16, 2025
Text Size:
Text:
Tawau tuan rumah Saga XI Oktober Ini
ELRON (tengah) semasa sidang media.
Kota Kinabalu: Tawau akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan Sabah (Saga) XI pada Oktober ini. 

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Elron Angin berkata  cadangan tarikh Saga edisi ke-11 tersebut ialah pada 11 hingga 17 Oktober dan Tawau akan menjadi hos sukan dwitahunan itu.

Advertisement
“Daerah Tawau akan menjadi hos penganjur untuk kali yang ketiga selepas kali terakhirnya menjadi hos iaitu pada Saga ketujuh pada 2015 dan Saga ketiga pada 2007.

“Temasya kali ini akan disertai oleh 30 pasukan dengan tambahan dari daerah Sook dan juga Paitan sebagai daerah penuh yang baru.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebanyak 25 acara sukan dipertandingkan berbanding 22 acara sukan pada Saga X 2023.

“Terdapat pertambahan acara sukan untuk Saga kali ini dan secara langsung dengan pertambahan acara sukan ini akan menambah jumlah pingat yang bakal dimenangi oleh para pemenang,” katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sukan Sabah (Saga) XI Tawau 2025. 

Advertisement
Tambah Elron, penganjuran SAGA edisi ke-11 ini diharap dapat mengenalpasti atlet yang berbakat dan boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kita mengharapkan penganjuran kali ini akan dapat mengenal pasti atlet-atlet yang berbakat.

Advertisement
“Seterusnya kita akan melatih mereka untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi, bukan saja di peringkat kebangsaan, tapi di peringkat antarabangsa,” ujarnya lanjut.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan datuk Mansur Asun, Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Sabah Mohd Asneh Mohd Noor.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here