Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
RM18 juta kerugian tahun lepas akibat curi elektrik: ECoS
Published on: Sunday, February 16, 2025
Published on: Sun, Feb 16, 2025
Text Size:
Text:
RM18 juta kerugian tahun lepas akibat curi elektrik: ECoS
Nasser berkata Sabah Electricity (SE) mengalami kerugian lebih RM18 juta akibat kecurian elektrik tahun lepas sahaja, dan kerugian kira-kira RM3 juta setakat tahun ini.
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) memandang serius kes kecurian elektrik yang berleluasa melalui gangguan meter, dan akan meningkatkan penguatkuasaan tahun ini bagi mengesan dan membendung kegiatan haram itu termasuk di premis domestik.

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap syarikat serta individu yang mencuri kuasa atau terlibat dalam pengubahan meter.

Advertisement
Beliau berkata Sabah Electricity (SE) mengalami kerugian lebih RM18 juta akibat kecurian elektrik tahun lepas sahaja, dan kerugian kira-kira RM3 juta setakat tahun ini.

Nasser berkata ECoS telah melakukan serbuan bersama dengan SE di 21 premis perindustrian dan komersial.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Serbuan ini membongkar 15 kes gangguan meter yang menyebabkan Sabah Electricity rugi lebih RM3 juta, katanya.

ECoS mengendalikan premis industri dan komersial manakala Sabah Electricity menangani premis domestik dan tapak lain.

Advertisement
Nasser berkata sehingga Februari, sembilan kes telah didakwa di mahkamah.

Beliau berkata kesemua mereka yang terbabit mengaku bersalah, dengan satu dikompaun RM50,000; manakala tiga lagi kes sedang didakwa dan dua dalam siasatan.

Advertisement
“Sabah Electricity juga boleh mendapatkan semula jumlah kerugian daripada pesalah berdasarkan Seksyen 63(6) Enakmen Bekalan Elektrik 2024,” katanya.

Menurut Enakmen itu, pemilik premis atau pengusaha komersial dan industri boleh didenda antara RM20,000 dan RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, bagi sabitan pertama, katanya.

“Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, pesalah boleh didenda daripada RM100,000 hingga RM5 juta, atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here