Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kota Kinabalu sebagai Kota Sastera terima sokongan Ketua Menteri
Published on: Sunday, February 16, 2025
Published on: Sun, Feb 16, 2025
Text Size:
Text:
Kota Kinabalu sebagai Kota Sastera terima sokongan Ketua Menteri
HAJIJI menerima cenderamata daripada Sabin semasa kunjungan hormat itu.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Kerajaan Negeri tiada halangan untuk memberikan sokongan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk Ibu Negeri diiktiraf sebagai Kota Sastera Dunia Unesco.

Katanya, apa yang penting ialah Kota Kinabalu mesti dapat memenuhi kriteria, syarat dan keperluan Unesco.

Advertisement
“Sudah pasti proses ini tidak mudah, tetapi jika Kota Kinabalu memenuhi kriteria, syarat dan keperluan yang ditetapkan, serta semua pihak bekerja kuat ke arah itu, saya tidak fikir ia menjadi sesuatu yang mustahil,” kata Hajiji.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat rombongan diketuai oleh Mayor Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah, di rumah kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, pada petang Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut serta dalam kunjungan hormat itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah Datuk Ts Dr Ramzah Dambul; Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia merangkap Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani; Hakim Mahkamah Perusahaan Malaysia Sabah merangkap penasihat undang-undang Bahasa, Datuk Indra Haji Ayub; Timbalan Ketua Pengarah Sektor Operasi DBKK Faradillah Abd Rani; Pengarah DBP Cawangan Sabah Jennitah Nordin dan Pengarah Hal Ehwal Korporat DBKK Dr Benedick Oliver Lidadun.

Hajiji juga mengingatkan semua pemegang taruh yang terlibat dalam proses permohonan tersebut untuk memastikan kekuatan sebenar Bandaraya yang memenuhi keperluan Unesco. 

Advertisement
Ini khususnya dari segi kekayaan kearifan tempatan serta keunikan etnik yang boleh dirakam dalam karya sastera, dan berperanan dalam konteks menyatukan rakyat pelbagai kaum dan etnik di Kota Kinabalu, dan Sabah amnya.

“Sastera mungkin tidak dapat mencorak kehidupan warga kota seluruhnya untuk menjadikan mereka dominan dalam konteks wahana kehidupan, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat membimbing masyarakat menulis dan menerima bahan bacaan yang betul dan bukan yang berunsur fitnah dan palsu.

Advertisement
“Zaman sekarang memang hanya dipenuhi oleh penyebaran bahan tulisan dan maklumat yang tidak tepat. Bahan penulisan serta bacaan ini berbaur fitnah, prejudis dan prasangka, dan tersebar dalam pelbagai media, tetapi ternyata ia sebenarnya tidak sihat secara psikologi dan fizikal manusia.

“Malah ia turut mengganggu secara mental tumpuan kita terhadap kerja-kerja pembangunan rakyat, sehingga menimbulkan masalah dalam proses transformasi dan perubahan positif ysng dinikmati oleh rakyat keseluruhan. Maka dengan demikian, ia harus dielakkan,” kata Hajiji.

Sabin, dalam kenyataan balasnya, mengucapkan terima kasih kepada Hajiji dan memaklumkan permohonan berkenaan akan dihantar kepada pihak Unesco sebelum penghujung Mac ini. 

“Pihak IDS juga telah diamanahkan untuk mengumpul segala data yang diperlukan oleh Unesco dan menghantar permohonan sebaik segala data dan dokumen sokongan diperolehi,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here