Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Ibu bapa hadapi kos tinggi persiapan persekolahan
Published on: Monday, February 17, 2025
Published on: Mon, Feb 17, 2025
By: Abbey Junior
Text Size:
Text:
Ibu bapa hadapi kos tinggi persiapan persekolahan
Ibu bapa hadapi kos tinggi persiapan persekolahan
SANDAKAN: Ketika sesi persekolahan baharu bermula hari ini, ibu bapa bukan sahaja berdepan dengan peningkatan kos kelengkapan sekolah, tetapi juga perlu bersedia untuk cabaran tambahan dalam menyesuaikan rutin sekolah dengan ketibaan Ramadan.  

Bagi kebanyakan keluarga, perbelanjaan kembali ke sekolah tmenjadi beban kewangan yang ketara.

Advertisement
Irniwiti Rahammah, 40, dan suaminya memperuntukkan antara RM600 hingga RM700 bagi setiap dua anak mereka yang berusia 17 dan 15 tahun untuk membeli keperluan sekolah. 

Bagaimanapun, katanya, hanya RM150 dibelanjakan untuk barangan berkaitan sekolah seperti buku latihan dan alat tulis, manakala sebahagian besar bajet mereka digunakan untuk membeli pakaian seragam, kasut, dan beg sekolah.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dengan harga yang semakin meningkat, kami sentiasa mencari kedai yang menawarkan promosi. Perbezaannya boleh mencecah sehingga 50 peratus berbanding harga biasa tanpa diskaun,” katanya.  

Irniwiti, yang anak sulungnya bersekolah di asrama di Sandakan, turut memperuntukkan tambahan RM400 setiap bulan untuk perbelanjaan harian mereka, termasuk makanan dan keperluan peribadi. Walaupun Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sedikit melegakan, katanta, sebahagian besarnya digunakan untuk duit belanja harian ke sekolah dan buku rujukan.  

Advertisement
Begitu juga dengan Deasy Faruh, 36, dan suami membelanjakan kira-kira RM1,500 untuk persediaan persekolahan tiga anak mereka, dengan RM1,000 diperuntukkan bagi kelengkapan sekolah dan pakaian seragam, manakala RM500 untuk membayar yuran sekolah. 

Bagi menguruskan perbelanjaan, dia memilih untuk membeli awal bagi mengelakkan kenaikan harga saat akhir serta kesesakan di pusat beli-belah.  

Advertisement
“Terdapat peningkatan harga barangan keperluan sekolah berbanding tahun sebelumnya,” katanya, sambil menambah, dia bersyukur dengan bantuan BAP yang sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka.  

Tiga anaknya yang akan memasuki Tingkatan 5, Tingkatan 2, dan Tahun 6 juga mengikuti kelas tuisyen, yang menelan belanja tambahan sebanyak RM550 sebulan. Bagi Rahim Harun, 35, musim kembali ke sekolah lebih mencabar dari segi kewangan kerana anak bongsunya masih di tadika dan tidak layak menerima BAP. 

Bapa kepada dua anak itu memperuntukkan RM1,000 untuk perbelanjaan sekolah, dengan sebahagian besar diperuntukkan untuk yuran tadika anak bongsunya, manakala perbelanjaan anak sulungnya lebih tertumpu pada pakaian seragam, beg sekolah, dan alat tulis.  

“Hanya anak sulung saya yang layak menerima BAP, yang membantu menampung yuran tuisyen. Tetapi tahun ini lebih mencabar kerana sesi persekolahan bermula serentak dengan Ramadan, jadi kami berjimat dengan menggunakan semula apa sahaja yang boleh, terutama pakaian seragam dan kasut,” katanya.  

Dengan tahun akademik baharu yang bertepatan dengan bulan puasa, ibu bapa bukan sahaja perlu mengurus kewangan mereka tetapi juga mempersiapkan anak-anak untuk menyeimbangkan antara persekolahan dan tanggungjawab agama sepanjang Ramadan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here