Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pengajian al-Quran terus dipertingkatkan
Published on: Monday, February 17, 2025
Published on: Mon, Feb 17, 2025
Text Size:
Text:
Pengajian al-Quran terus dipertingkatkan
Penyerahan hadiah di majlis tilawah Quran. (Gambar: JKM)
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri tetap komited dalam mempertingkatkan lagi pengajian AlQuran di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata, antara inisiatif yang sedang diusahakan ialah meningkatkan kapasitipengambilan pelajar Institut Tahfiz Negeri sehingga 300 orang pelajar untuk masa akan datang.

Advertisement
“Langkah ini bukan sekadar ingin melahirkan lebih ramai hufaz, akan tetapi lebih menjurus ke arah membina generasi pencinta al-Quran, yakni golongan yang diharapkan sebagai pejuang tamadun bangsa berlandaskan prinsip-prinsip ajaran al-Quran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri

Sabah (JHEAINS), akan memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur pendidikan yang lebih baik bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.

Advertisement
“Ini termasuklah membaik-pulih sekolah-sekolah yang serba daif, selain meninjau kemungkinan membina sekolah-sekolah  baharu di kawasan yang strategik, bagi menampung keperluan

semasa, sesuai dengan bilangan murid yang semakin meningkat tahun ke tahun,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian sempena Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 1446H/2025M di Dewan Saadah di Wisma MUIS, di sini pada Ahad.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, menyempurnakan Perutusan Perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here