Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Langgar penunggang motosikal di Tawau: Tukang masak pandu mabuk dipenjara, denda RM10,000
Published on: Tuesday, February 18, 2025
Published on: Tue, Feb 18, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Langgar penunggang motosikal di Tawau: Tukang masak pandu mabuk dipenjara, denda RM10,000
LIM (kedua, kiri) diiring keluar dari kamar mahkamah.
TAWAU: Seorang tukang masak lelaki yang mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar penunggang motosikal dihukum penjara sebulan serta didenda berjumlah RM10,000 atau penjara tiga bulan.

Lim Shui Sang, 65, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin melakukan kesalahan itu di persimpangan Lorong Delima pada kira-kira jam 7.30 malam pada 21 Julai 2024, apabila dia didapati bersama 167 (mg) alkohol dalam 100 mililiter (ml) darah melebihi had 1.7 mg.

Advertisement
Warga emas itu didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM30,000 jika sabit kesalahan.

Pada 21 Ogos 2024, Lim sebelum ini didenda RM1,800 atau penjara lima bulan selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya dengan enggan bekerjasama dengan polis apabila mereka cuba menangkapnya untuk siasatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada tarikh sama, Lim juga didenda RM1,700 atau penjara tiga bulan kerana melakukan kesalahan lalu lintas di bawah Seksyen 52 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1967 kerana gagal berhenti di tempat kejadian.

Berdasarkan fakta kes, kemalangan berlaku ketika pemandu Perodua Bezza, 29, menghala ke Batu 2, Jalan Apas dari arah Taman Semarak. Ketika menghampiri Lorong Delima, motosikal yang ditunggang mangsa, 26, yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba terjatuh ke laluan kanan selepas dirempuh dari belakang oleh Lim.

Advertisement
Akibat kejadian itu, penunggang motosikal itu cedera, manakala Lim yang memandu MPV Toyota Unser segera pulang ke rumah di Taman Bintang sebelum ditahan di kediamannya pada hari sama, walaupun pada mulanya enggan memberi kerjasama kepada polis.

Semasa mitigasi, peguam Jhesseny P. Kang yang mewakili Lim, memohon hukuman ringan, dengan alasan usia tuanya, masalah kesihatan, dan keperluan untuk mengambil ubat dan rawatan secara berkala.

Advertisement
Sementara itu, Pegawai Pendakwa Trafik ASP Joan Lee memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran dan peringatan kepada Lim, lebih-lebih lagi Lim telah pun mengaku bersalah atas dua pertuduhan lain berkaitan kemalangan itu.

Menurutnya, dalam menjatuhkan hukuman, hanya faktor-faktor relevan sahaja perlu dipertimbangkan dan soal kesukaran hidup serta kesusahan yang bakal dihadapi keluarganya jika tertuduh dipenjarakan adalah perkara yang tiada kaitan dengan kesalahan dilakukannya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here