Kota Kinabalu: Pengerusi Puspanita Sabah, Datuk Dr Nuinda Alias berkata Puspanita akan fokus kepada program kemanusiaan dan kebajikan khasnya sepanjang Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Katanya, itu termasuk memberikan bantuan dan mengadakan aktiviti keagamaan untuk ahli-ahli Puspanita.
“Lebih spesifik lagi, untuk Ramadan ini, kita di Puspanita Sabah akan terus melakukan program-program bersama ahli-ahli kita dan fokus kita adalah aktiviti kemanusiaan, kebajikan dan kita selitkan juga aktiviti keagamaan.
“Ini bertujuan untuk mengimarahkan lagi sambutan bulan mulia Ramadan al-Mubarak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-42 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Isnin.
Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.






