Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Esscom sumbang bantuan kepada 58 pelajar asnaf Semporna
Published on: Tuesday, February 18, 2025
Published on: Tue, Feb 18, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Esscom sumbang bantuan kepada 58 pelajar asnaf Semporna
DR Jamaluddin bergambar bersama penerima.
SEMPORNA: Seramai 58 pelajar asnaf dari SK Selakan dan SK Pulau Omadal menerima sumbangan sempena program ‘Kembali ke Sekolah’ anjuran Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di sini, pada Ahad.  

Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Datuk Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata, beliau berharap pelajar yang menerima Kit Kembali ke Sekolah dapat memanfaatkan sumbangan tersebut serta belajar bersungguh-sungguh bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, seterusnya menjadi individu yang dapat membantu keluarga, agama, bangsa, dan negara.  

Advertisement
“Kita sedar bahawa tidak semua dilahirkan dalam keadaan yang bernasib baik, oleh itu, kami meneruskan program ini untuk masyarakat di Esszone dengan membawa mesej kegembiraan agar anak-anak lebih bersemangat untuk ke sekolah.  

“Antara penerima hari ini termasuk mereka yang baru memulakan persekolahan. Oleh itu, kami berharap program ini akan menjadi kenangan manis buat mereka supaya mereka lebih berusaha dalam pelajaran kerana hanya melalui pendidikan perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik dapat dicapai,” katanya.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dr Jamaluddin berkata demikian ketika mewakili Komander Esscom, DCP Datuk Victor Sanjos bagi merasmikan program Kembali ke Sekolah di SK Selakan. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna.  

Advertisement
Program ini juga selari dengan konsep kerajaan Madani yang mengutamakan nilai Ihsan dalam perkhidmatan awam untuk sentiasa membela kebajikan golongan yang memerlukan serta mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat di seluruh dunia.  

Dalam ucapannya, Dr Jamaluddin yang mewakili Victor turut menyeru penduduk kampung agar membantu pasukan keselamatan dalam mengekalkan ketenteraman awam dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di kawasan masing-masing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here