Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
10,000 liter petrol hampir diseludup keluar di Kudat
Published on: Wednesday, February 19, 2025
Published on: Wed, Feb 19, 2025
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
10,000 liter petrol hampir diseludup keluar di Kudat
Sebahagian daripada tong petrol yang dirampas. (Gambar Maritim Malaysia)
KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya tumpaskan cubaan seludup keluar minyak petrol lebih 10,000 liter di perairan Kudat, pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat risikan oleh Unit Perisikan Zon Maritim Kudat yang berjaya mengesan aktiviti berkenaan kira-kira jam 1.00 pagi pada Selasa.

Advertisement
Hasbullah berkata, bertindak atas maklumat tersebut, aset ronda Maritim Malaysia, Bot Kilat 48 segera diatur gerak ke lokasi bagi menjalankan pemantauan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi iaitu kira-kira 1.1 batu nautika barat laut Tanjung Meniagit, Kudat, dua buah bot mencurigakan dikesan sedang bergerak perlahan dalam gelap.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Semasa cuba dihampiri, kedua-dua bot suspek tersebut bertindak memecut laju menuju ke kawasan cetek paya bakau berhampiran manakala beberapa indidvidu terlibat bertindak terjun dan melarikan diri di kawasan paya bakau.

"Dua bot suspek yang ditinggalkan berjaya ditahan untuk pemeriksaan dan hasilnya menemukan kira-kira 51 tong drum berwarna biru berisi minyak petrol dianggarkan lebih 10,000 liter.”
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here