Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Wanita promosi judi dalam talian guna telefon bimbit didenda
Published on: Thursday, February 20, 2025
Published on: Thu, Feb 20, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Wanita promosi judi dalam talian guna telefon bimbit didenda
Pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 itu memperuntukkan denda antara RM5,000 hingga RM50,000 dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda tambahan antara RM5,000 hingga RM50,000 boleh dikenakan bagi setiap mesin perjudian yang disita.  
Kota Kinabalu: Seorang wanita tanpa dokumen sah berusia 22 tahun dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mempromosikan judi dalam talian, menggunakan telefon bimbit, tahun lalu.

Syafikah Abdullah mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin kerana mempromosikan judi dalam talian melalui aplikasi perjudian kepada pelanggan pada 9 Disember 2024, jam 3.30 petang di sebuah unit kondominium di Jalan Bundusan, Penampang.  

Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 itu memperuntukkan denda antara RM5,000 hingga RM50,000 dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda tambahan antara RM5,000 hingga RM50,000 boleh dikenakan bagi setiap mesin perjudian yang disita.  

Mahkamah dimaklumkan bahawa empat telefon bimbit telah dirampas daripada Syafikah oleh pihak polis semasa serbuan di unit terbabit.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Peguam dilantik Lim Ming Zoong, yang mewakili Syafikag, merayu hukuman ringan kerana wanita itu menganggur dan direman selama dua bulan.  Lim juga berkata Syafikah mengambil pekerjaan itu bagi menjaga ibunya yang sakit.  

Inspektor Yusdi Basri, yang melakukan pendakwaan, memohon hukuman pencegahan dan supaya Syafikah dirujuk kepada Jabatan Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen sah.

Advertisement
Marilyn memerintahkan Syafikah menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.  

Sementara itu, seorang lelaki berusia 25 tahun didakwa menyerang seorang lelaki.

Advertisement
Reemmi Abdul Rahman mengaku tidak bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Muhd Ruhaiezal Jairul Shah pada 30 Januari tahun ini, jam 8.15 malam, di tepi jalan Kampung Gudon, Manggatal.  

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.  

Reemmi ditawarkan jaminan sebanyak RM1,700 dengan dua penjamin sementara menunggu pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM) pada 26 Mac.  

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 36 tahun didakwa memiliki pasport curi dua tahun lalu.

Sebastian Cherinos mengaku tidak bersalah menyimpan dokumen curi milik Tan Yew Chow pada 24 Ogos 2023, jam 9.30 malam, di hadapan Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia, Likas.  

Sebastian didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan bersama seorang lelaki yang masih bebas.  

Mahkamah menetapkan 21 April untuk PTCM dan membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 bersama dua penjamin. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here