Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
5 tahun seterusnya lebih baik jika GRS menang pilihan raya: Hajiji
Published on: Friday, February 21, 2025
Published on: Fri, Feb 21, 2025
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
5 tahun seterusnya lebih baik jika GRS menang pilihan raya: Hajiji
HAJIJI bersama kepimpinan negeri serta ketua jabatan negeri dan persekutuan bergambar bersama ribuan penjawat awam yang menghadiri majlis itu.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yakin Kerajaan Sabah di bawah GRS pimpinan beliau akan diberi peluang sekali lagi oleh rakyat Sabah untuk terus memerintah negeri ini.

Beliau berkata, hakikatnya masih terlalu banyak yang perlu kerajaan lakukan untuk memajukan negeri dan mensejahterakan rakyat.

Advertisement
“Dengan hati dan minda yang terbuka, saya berharap Kerajaan ini akan diberi peluang sekali lagi oleh rakyat untuk meneruskan pemerintahan di negeri yang bertuah ini. “Jika Kerajaan ini kembali memerintah, insya Allah kita akan kekal bersama-sama menjayakan dan memperhebatkan lagi pelaksanaan Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ 1.0 akan menjadi Hala Tuju SMJ 2.0, demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan seluruh rakyat, sesuai dengan agenda untuk menjadikan Sabah negeri yang hebat,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Tahun Baharu 20205 Ketua Menteri Bersama Penjawat Awam di Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Khamis.

Ketua Menteri berkata, agenda besar Kerajaan pada hari ini ialah untuk menjadikan Sabah sebuah negeri yang hebat dan cemerlang dalam pelbagai sektor pembangunan pada masa akan datang.

Advertisement
“Dasar Hala Tuju SMJ yang kita cipta sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa, ke arah kemajuan yang holistik dan kesejahteraan yang merangkumi setiap lapisan rakyat.”

Beliau berkata, bagi menjayakan agenda memperhebatkan negeri Sabah, jalinan kerjasama dan persefahaman antara pimpinan negeri dengan penjawat awam, perlu terjalin erat dan sentiasa diperkukuhkan atas nama pertanggungjawaban dan kecintaan terhadap negeri dan tanah air.  

Advertisement
“Hubungan akrab yang sedia terjalin antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan bukan sahaja harus dikekalkan, tetapi juga wajib diperkukuh lagi,” katanya.

Beliau menambah, hubungan baik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan telah membawa banyak manfaat dan faedahnya kepada Sabah, dengan pelbagai isu dan perkara bukan sahaja dapat dirundingkan bahkan dapat diselesaikan.

“Ini merangkumi isu-isu berkaitan perundangan dan akta, isu-isu mengenai Perjanjian Malaysia 1963, dan lebih penting lagi isu-isu berkaitan usahasama atau kolaborasi antara Kerajaan Negeri dengan Petronas,” tambahnya.

Hajiji mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan, yang sejak hampir lima tahun ini, sentiasa memberikan sokongan terhadap kepimpinannya.

“Di sebalik berbagai halangan dan rintangan yang saya hadapi, saya masih boleh berbangga kerana anda, warga penjawat awam tetap berdiri teguh di belakang saya hingga ke hari ini,” tegasnya.

“Semoga negeri dan negara kita ini kekal aman dan sentosa, makmur dan sejahtera. Bersama kita kukuhkan tekad dan iltizam, menjayakan hasrat dan impian ke arah menjadikan Sabah – Negeri Di Bawah Bayu – negeri yang maju, makmur, aman dan sentosa,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here