Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Penganggur didakwa ugut cederakan wanita 
Published on: Friday, February 21, 2025
Published on: Fri, Feb 21, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penganggur didakwa ugut cederakan wanita 
Pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.  
Kota Kinabalu: Seorang lelaki penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengugut untuk mencederakan seorang wanita.  

Jimmy Edward mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas tuduhan menakut-nakutkankan secara jenayah ke atas Siti Norazia Sebun pada 14 Februari tahun ini, jam 6.20 petang, di sebuah rumah di Kg Bambangan, Inanam.  

Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.  

Inspektor Yusdi Basr, yang mengendalikan pendakwaan ketika memohon pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM) mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan lebih rendah kerana anak guamnya sudah berkahwin dan ketika ini menganggur.  

Mahkamah menetapkan 26 Mac untuk PTCM dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,600 dengan dua penjamin.  

Advertisement
Jimmy juga berdepan satu lagi pertuduhan berkaitan penyalahgunaan dadah di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya.  

Kes ini akan disebut semula pada 21 April sementara menunggu laporan patologi, dan dia ditawarkan jaminan sebanyak RM1,200 dengan dua penjamin.  

Advertisement
Dalam kes berasingan, seorang lelaki didenda RM100 atau penjara lima hari kerana memiliki pakaian yang dipercayai dicuri.  

Almin Tajuli mengaku bersalah memiliki satu beg plastik berisi pakaian dan seluar yang mana dia gagal menjelaskan bagaimana dia memperolehnya pada 14 Februari, jam 12 tengah hari, di tepi jalan Telipok, Manggatal.  

Pertuduhan di bawah Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil (MOO) itu memperuntukkan denda RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.  

Tidak diwakili, Almin merayu hukuman ringan, manakala pihak pendakwaan memohon hukuman pencegahan.

Di mahkamah sama, seorang lelaki berusia 57 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki kabel tembaga yang dipercayai dicuri.  

Baharudin Padi didakwa memiliki satu gulung kabel tembaga yang mana dia gagal menjelaskan bagaimana dia memperolehnya pada 10 Februari, jam 12 tengah hari, di belakang sebuah kedai di pekan Telipok.  

Dia turut dituduh di bawah Seksyen 22A(1) MOO. Pendakwaan ketika memohon tarikh PTCM tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh kerana dia adalah pemegang pasport.  

Mahkamah menetapkan 22 April untuk PTCM dan memerintahkan tertuduh direman lanjut di bawah Seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here