Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan Negeri perkukuh inisiatif pro-rakyat melalui peningkatan hasil negeri
Published on: Friday, February 21, 2025
Published on: Fri, Feb 21, 2025
Text Size:
Text:
Kerajaan Negeri perkukuh inisiatif pro-rakyat melalui peningkatan hasil negeri
Dr. Joachim (kanan) menyampaikan sijil bantuan usahawan muda di Kundasang di bawah Program Outreach Ketua Menteri Bersama NGO dan Usahawan Muda kepada seorang penerima. (Gambar KKTP)
RANAU: Peningkatan hasil negeri membolehkan Kerajaan Negeri memperkenalkan lebih banyak inisiatif pro-rakyat, termasuk dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Menurut beliau dalam kenyataan media, hasil negeri meningkat secara konsisten sejak tahun 2021 (RM5.49 bilion) kepada RM6.96 bilion pada 2022, dan terus bertambah kepada RM6.97 bilion pada tahun 2023.

Advertisement
"Ini membolehkan Kerajaan Negeri memperkenalkan lebih banyak inisiatif pro-rakyat, termasuk dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan," katanya ketika merasmikan Program Ceramah Motivasi SMJ & Bengkel Menjawab Soalan Pengajian Am 2025 di Dewan Masyarakat Ranau kelmarin (20 Feb).

Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, Kerajaan Negeri sentiasa memberi keutamaan kepada pendidikan menerusi pelbagai inisiatif, antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) yang memberikan bantuan antara RM1,500 hingga RM2,000 kepada lebih 10,000 pelajar B40 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, Bantuan Tunai Peperiksaan (BAKTI) yang memberikan bantuan RM200 kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 untuk keperluan peperiksaan; Bantuan Aktiviti PIBG Sekolah (BAGUS) yang menyediakan pembiayaan RM2,000 kepada PIBG sekolah bagi menjalankan aktiviti pendidikan, manakala inisiatif SUKSES memberikan dana RM3,000 kepada setiap sekolah di Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here