Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Isu pengalihan aset utiliti punca kelewatan
Published on: Saturday, February 22, 2025
Published on: Sat, Feb 22, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Isu pengalihan aset utiliti punca kelewatan
ASET Jabatan Air yang harus dialihkan sebelum kerja naik taraf dapat dilakukan.
NABAWAN: Kelewatan kerja-kerja naik taraf Jambatan Sungai Pancuran di Kilometer 0.20 Jalan Nabawan Township disebabkan isu aset-aset utiliti yang perlu dialihkan terlebih dahulu.

Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, aset-aset utiliti yang berhampiran menghalang kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut.

Advertisement
Untuk status terkini, Shahelmey, yang juga Ahli Parlimen Putatan memberitahu, Sabah Electricity telah memberi maklum balas skop dan anggaran kerja kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan pada 12 Februari.

“Ia diteliti oleh pihak Wakil Pegawai Penguasa dan dipanjangkan kepada Bahagian Jambatan JKR Sabah,” katanya mengulas status terkini pembinaan jambatan tersebut.

Shahelmey Yahya

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, Telekom Malaysia (TM) juga telah memaklumkan kepada JKR Nabawan, kerja-kerja pengalihan aset akan dilakukan sendiri, dengan status terkini menunggu kelulusan skop dan bajet daripada Ibu Pejabat TM di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) masih belum membekalkan skop dan anggaran pengalihan aset kepada pihak JKR walaupun sudah diminta berbuat demikian selewat-lewatnya 14 Februari lepas.

Advertisement
“Berikutan isu pengalihan aset-aset utiliti ini, pihak JKR Sabah telah mengeluarkan surat ‘Delay in giving Site Possesion date’ kepada pihak kontraktor melalui surat Pegawai Penguasa bertarikh 18 Februari, yang mana tarikh penyerahan tapak akan dikemaskini setelah semua isu di tapak diselesaikan untuk membolehkan pihak kontraktor dapat memasuki tapak dan memulakan kerja-kerja fizikal,” jelasnya.

Baru-baru ini Sabah Electricity, TM dan JANS diminta untuk menyerahkan dokumen skop dan anggaran kerja terkini pemindahan utiliti masing-masing selewat-lewatnya 14 Februari ini kepada Wakil Pegawai Penguasa JKR.

Advertisement
Menurut papan tanda projek naik taraf itu, tarikh mula pembinaan ialah 25 Mac 2024 dan tarikh siap pada 25 September 2025.

Kelewatan pembinaan jambatan ini menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan penduduk di daerah ini.

Mereka mempersoalkan kelewatan naik taraf jambatan tersebut, yang kontraktornya sudah dilantik tetapi kerja-kerja belum dimulakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here