Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Sabah perkukuh inisiatif pro-rakyat
Published on: Saturday, February 22, 2025
Published on: Sat, Feb 22, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Sabah perkukuh inisiatif pro-rakyat
DR Joachim (tengah) bersama penerima usahawan muda di Kundasang di bawah Program Outreach Ketua Menteri Bersama NGO dan Usahawan Muda Sabah.
RANAU: Peningkatan hasil negeri membolehkan Kerajaan Negeri memperkenalkan lebih banyak inisiatif pro-rakyat, termasuk dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Menurutnya, hasil negeri meningkat secara konsisten sejak 2021 (RM5.49 bilion) kepada RM6.96 bilion pada 2022, dan terus meningkat kepada RM6.97 bilion pada 2023.

Advertisement
“Ini membolehkan Kerajaan Negeri memperkenalkan lebih banyak inisiatif pro-rakyat, termasuk dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan,” katanya ketika berucap merasmikan Ceramah Motivasi SMJ dan Bengkel Menjawab Soalan Pengajian Am 2025 di Dewan Masyarakat Ranau, Khamis.

Dr Joachim, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan pendidikan melalui pelbagai inisiatif termasuk Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (Budi) yang memberi bantuan antara RM1,500 dan RM2,000 kepada lebih 10,000 pelajar B40 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, Bantuan Tunai Peperiksaan (Bakti) yang menyediakan bantuan sebanyak RM200 kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 untuk keperluan peperiksaan; Bantuan Aktiviti PIBG Sekolah (Bagus) yang menyediakan pembiayaan sebanyak RM2,000 kepada PIBG sekolah untuk menjalankan aktiviti pendidikan, manakala inisiatif Sukses menyediakan dana RM3,000 kepada setiap sekolah di Sabah.

Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (Balkis) menyediakan peruntukan sehingga RM50,000 untuk membaiki sekolah.

Advertisement
“Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) juga menambah dana biasiswa sebanyak RM127 juta untuk membantu pelajar kurang berkemampuan, dan subsidi pengangkutan RM300 diberikan kepada pelajar Sabah yang belajar di Semenanjung,” kata Adun Kundasang itu.

Dr Joachim berharap program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan mengukuhkan lagi komitmen kerajaan untuk memastikan kecemerlangan pendidikan di Sabah.

Advertisement
Program ini menghimpunkan hampir 500 pelajar dalam usaha meningkatkan motivasi dan kemahiran akademik mereka.

Antara pengisian program yang menarik perhatian peserta ialah ceramah motivasi yang disampaikan oleh Hadi Hidayah Tutoh dan bengkel menjawab soalan Pengajian Am yang dikendalikan oleh Tuan Amit Awang.

Program ini bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar dalam menghadapi peperiksaan dengan lebih berkesan dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mengejar kecemerlangan akademik.

Sambil memberi penghargaan kepada Ikrar dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Ranau atas penganjuran program ini, yang diyakini memberi manfaat besar kepada pelajar di Ranau, Dr Joachim turut menyatakan komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan modal insan selaras dengan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan sejak 29 Mac 2021.

Selain itu, program ini turut menyaksikan sesi penyerahan bantuan kepada 100 usahawan muda di Kundasang di bawah Program Outreach Ketua Menteri Bersama NGO dan Usahawan Muda Sabah.

Setiap usahawan menerima geran sekali-beri sebanyak RM500, bertujuan membantu mereka menambah modal perniagaan dan mengurangkan beban kos sara hidup.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here