Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Hati-hati dengan tindak-tanduk: Ketua Menteri
Published on: Saturday, February 22, 2025
Published on: Sat, Feb 22, 2025
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Hati-hati dengan tindak-tanduk: Ketua Menteri
HAJIJI disambut oleh ribuan penjawat awam ketika tiba di majlis itu.
Kota Kinabalu: Kerjasama rapat antara pimpinan negeri dengan penjawat awam telah menghasilkan pencapaian dan kejayaan yang baik, khususnya dalam proses pemulihan semula ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, selaku tenaga yang menggerakkan jentera kerajaan, penjawat awam adalah nadi utama kerajaan, pelaksana segala dasar dan program pembangunan yang ditetapkan.

Advertisement
Menurutnya, anggota penjawat awam memikul amanah dan tanggungjawab yang besar yang wajib dilaksanakan dengan hati yang ikhlas, penuh kejujuran dan keinsafan.

“Justeru, menjadi kewajipan kepada kita untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik-baiknya, tanpa memikirkan kepentingan diri atau mencari keuntungan daripadanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Perlu diingat, anda mempunyai obligasi untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan kejujuran, dengan cekap dan berkesan, bukan semata-mata untuk menyara hidup diri dan keluarga, tetapi juga untuk kebaikan dan kecemerlangan organisasi yang diwakili, termasuk obligasi terhadap negeri dan rakyat.

“Ini satu tanggungjawab yang berat, dan hanya dapat digalas dengan sempurna jika kita memiliki nilai-nilai integriti yang tinggi,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu 20205 Ketua Menteri Bersama Penjawat Awam di Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Khamis.

Advertisement
Hajiji berkata, penjawat awam yang berjawatan tinggi, sama seperti ahli politik, sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian, terutama trend sekarang, CCTV ada di mana-mana, dan kadangkala rakyat itu sendiri yang menjadi CCTV!

“Jadi, kenalah berhati-hati dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam era yang dikuasai oleh kemajuan teknologi rakaman, setiap langkah dan tuturkata kita mungkin didengar atau dirakam tanpa kita sedari, menjadikan pencerobohan privasi semakin berleluasa.

Advertisement
“Dalam era moden yang serba canggih, kita wajib berhati-hati dan berwaspada agar tidak terperangkap dalam situasi yang boleh mengaibkan. Dewasa ini, jika musuh kita marah, kemarahannya itu disiarkan secara ‘live’ melalui Tiktok.

“Jika mengkritik atau membenci, mereka akan menularkan kebencian itu dalam media sosial, hingga satu dunia dapat menyaksikannya. Pendekatan ini ditiru oleh golongan anti-Kerajaan, terutama parti pembangkang,” katanya.

Hajiji berkata, ahli politik lebih cenderung diperlekeh, diejek, malah dimaki hamun, kadangkala dengan video yang berunsur fitnah dan tohmahan untuk memperdaya dan mengabui mata rakyat.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan penjawat awam agar lebih berhati-hati dengan informasi yang diterima dewasa ini, perlu pengesahan, kesahihan dan tapisan, sebelum mempercayai dan menyebarkannya di dalam media sosial.

“Peringatan ini juga dikhususkan kepada semua penjawat awam yang berstatus ibu bapa, mempunyai anak-anak remaja, yang wajar dipantau kegiatan mereka dalam TikTok dan media sosial. Jangan sampai terjebak dalam kes-kes penipuan, penyebaran informasi palsu atau fitnah dan sebagainya.

“Semua ini berpunca daripada budaya masyarakat kita yang gemar kepada cerita-cerita sensasi, cerita-cerita berunsur fitnah, adu domba dan tahyul. Sementara cerita berkaitan ilmu agama, ekonomi, perpaduan, kurang diambil perhatian, sebab tidak sensasi dan tidak menarik.

“Justeru, berhati-hatilah kita dengan kemajuan dan kecanggihan digital teknologi ini. Ledakannya mampu menggugat nilai-nilai murni kehidupan kita, termasuk dalam kita menjalankan tugas dan amanah selaku pemimpin dan penjawat awam,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here