Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Operasi penguatkuasaan terhadap Pendatang Tanpa Izin: Jabatan Imigresen Malaysia buru pembocor maklumat
Published on: Sunday, February 23, 2025
Published on: Sun, Feb 23, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Operasi penguatkuasaan terhadap Pendatang Tanpa Izin: Jabatan Imigresen Malaysia buru pembocor maklumat
SALEHA dan pasukan penguatkuasaan JIM Sabah menjalankan pemeriksaan dokumen tahanan di Depot Tahanan Imigresen Tawau.
TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah memburu dalang bertanggungjawab membocorkan maklumat operasi penguatkuasaan menangkap pendatang tanpa izin (PTI) yang dijalankan di seluruh negeri.

Pengarah Imigresen Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata JIM Sabah akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi untuk mengesan keberadaan mereka yang disyaki melakukan kegiatan terbabit menerusi aplikasi WhatsApp.

Advertisement
“Kita sebenarnya sudah mengadakan kerjasama dengan PDRM untuk menyelesaikan perkara ini. Saya juga tidak boleh terlalu terbuka berkongsi maklumat kerana khuatir akan menjejaskan siasatan PDRM,” katanya.

Saleha berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai operasi penguatkuasaan Imigresen (Ops Sapu) di empat lokasi berbeza sekitar daerah Semporna dan Tawau yang berakhir di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada masa sama, beliau percaya sebahagian daripada dalang terbabit terdiri daripada warga asing yang membuat kumpulan WhatsApp untuk menyebarkan maklumat khusus menjaga kepentingan mereka.

“Individu ini (dalang) kalau betul dia warganegara Malaysia, dia sebenarnya telah mengkhianati negara. Dia telah menjual kedaulatan negara sehingga sanggup menjadi tali barut sehingga menyebabkan ada PTI yang sempat lari dari pihak penguatkuasa.

Advertisement
“Jika mereka ini warganegara Malaysia, mereka ini sebenarnya menjual kedaulatan negara kepada warga asing,” katanya.

Sebelum ini semasa di Keningau, pihaknya pernah menjalankan operasi di kawasan pasar namun maklumat keberadaan mereka didapati dibocorkan awal oleh pihak tidak bertanggungjawab yang merakam gambar pergerakan pihak penguatkuasa.

Advertisement
Menyentuh operasi yang baru dijalankan di Tawau dan Semporna semenjak Khamis, Saleha berkata seramai 462 orang diperiksa dan 139 PTI ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

“Kesemua yang ditahan berumur antara satu hingga 72 tahun melibatkan 53 lelaki, 37 wanita dan 49 kanak-kanak. 

“Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas,” katanya.

Beliau berkata JIM Sabah komited untuk melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/ 63.

Selain, Akta Pasport 1996, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Kita juga memberikan peringatan kepada majikan supaya memastikan pekerja yang mereka ambil memiliki dokumen yang sah. Jika tidak, mereka dianggap melindungi PTI apabila membiarkan PTI tinggal di tanah atau premis masing-masing.

“Berdasarkan 254 operasi yang kita jalankan semenjak Januari tahun ini, seramai 4,723 orang PTI diperiksa dan 790 orang ditangkap, pada masa sama kita turut menangkap 32 majikan (yang disyaki melindungi PTI),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan seramai 117 majikan didakwa dan dikenakan kompaun sepanjang tahun lepas yang kebanyakannya melibatkan sektor pelbagai seperti perkhidmatan, pertanian, perladangan, industri dan peruncitan.

Peringatan turut diberikan kepada pihak majikan supaya tidak menyimpan dokumen peribadi pekerja-pekerja warga asing mereka kerana perbuatan terbabit disifatkan menganiaya pemilik dokumen terlibat.

Untuk rekod, tahun lepas JIM Sabah melaksanakan 1,552 operasi melibatkan pemeriksaan seramai 30,400 orang dengan tangkapan 5,948 orang dan mengusir seramai 8,844 tahanan untuk dihantar balik ke negara asal mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here