Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
100 pasukan sertai Piala DSN Libaran Mobile Legend Bang Bang
Published on: Sunday, February 23, 2025
Published on: Sun, Feb 23, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
100 pasukan sertai Piala DSN Libaran Mobile Legend Bang Bang
SUHAIMI (berdiri, tengah) bersama penggiat e-sukan yang menyertai Piala Kejohanan DSN Libaran Mobile Legend Bang Bang 2025 pada Jumaat. 
SANDAKAN: Seramai 100 pasukan dari seluruh Sabah menyertai sukan elektronik (e-sukan) Piala Kejohanan DSN Libaran Mobile Legend Bang Bang 2025. 

Kejohanan selama tiga hari bermula Jumaat yang diadakan di Aisyadelia Cottage tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir. 

Advertisement
Suhaimi dalam ucapannya berkata, penggiat e-sukan di negeri Sabah berpotensi untuk menjadi pemain profesional sekiranya diberi platform dan peluang meluas. 

“Kejohanan seperti sudah semestinya membuka peluang kepada penggiat e-sukan untuk bertanding secara sihat dan sekaligus dapat menonjolkan diri mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Oleh yang demikian, saya sentiasa memberikan sokongan kepada penggiat e-sukan negeri kita khususnya Libaran untuk kita ketengahkan ke peringkat profesional,” katanya. 

Sementara itu, pengerusi penganjur, Muhammad Firdaus Shaharom berkata, antara objektif penganjuran kejohanan tersebut adalah menyediakan platform untuk penggiat e-sukan menunjukkan bakat yang terpendam. 

Advertisement
“Kejohanan ini juga diadakan untuk meningkatkan industri dan pelapis untuk sukan elektronik di masa yang akan datang untuk dikenali. 

“Penyertaan kali ni juga merupakan rekod baharu bagi e-sukan di negeri Sabah dengan penyertaan kira-kira 500 pemain dari 100 kumpulan yang bermain di satu tempat.

Advertisement
“Rekod ini menunjukkan e-sukan ini berjaya menarik penggiat datang berkampung di sini dan bertarung secara sihat,” katanya. 

Difahamkan, penyertaan e-sukan tersebut telah berjaya menarik penggiat e-sukan daripada Kota Kinabalu, Tawau, Kinabatangan selain Sandakan. 

Pemenang kejohanan yang akan dinobatkan pada perlawanan akhir hari ini (Ahad) akan menerima hadiah utama berupa wang tunai, trofi dan medal. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here