Kota Kinabalu: Seramai 250 peserta menyertai acara berbasikal sempena Sambutan Ulang Tahun Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ke-25.
Acara itu melibatkan peserta dari dalam dan luar negara termasuk Brunei, Kanada dan Filipina.
Para peserta membuat kayuhan basikal sejauh 25 kilometer sebagai simbolik ulang tahun jubli perak tersebut.
Laluan trek yang ditetapkan adalah bermula di Padang Merdeka - LHDN - QEH 1 - Lido - Lintas Plaza - City Mall - Bomba Kolombong - Likas Plaza - Bulatan Masjid Bandaraya - Menara Kinabalu - Signage SMJ, dan berakhir di Padang Merdeka.
Hadir menyempurnakan pelepasan bagi acara itu ialah Timbalan Pengerusi Puspanita Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu, Hana’aifah Suhaili, mewakili Mayor, Datuk Seri Dr Sabin Samitah.
Program berbasikal ini anjuran DBKK dengan kerjasama Kelab Borneo Angels Puspanita Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu.