Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Warga asing cekik anak, ugut isteri
Published on: Sunday, February 23, 2025
Published on: Sun, Feb 23, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Warga asing cekik anak, ugut isteri
Suspek yang didakwa mencekik anaknya kerana tidak berpuas hati dengan isterinya.
TAWAU: Seorang lelaki yang didakwa mencekik anaknya kerana tidak puas hati dengan permohonan cerai dan tuntutan fasakh isterinya, 39, ditahan polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek warga asing berusia 40an itu dikatakan turut mengugut untuk memukul wanita tersebut dalam kejadian di kawasan perumahan Taman Semarak.

Advertisement
“Suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau di kawasan bandar Tawau sekitar jam 2.20 petang Jumaat,” katanya, Sabtu.

Menurutnya, suspek dipercayai sering mengganggu mangsa yang bekerja sebagai jurujual sejak permohonan cerai dikemukakan wanita itu pada tahun lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam kejadian terbaru, suspek bertindak agresif dengan mencekik anak mereka sebelum mengugut mahu mencederakan isterinya.

Jasmin berkata, mangsa yang ketakutan segera membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan sebelum suspek ditangkap polis hasil maklumat dan risikan.

Advertisement
Tambahnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 dan 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Mengulas lanjut, beliau berkata polis memandang serius kes keganasan rumahtangga dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mengancam keselamatan ahli keluarga mereka. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here