Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Polis tahan lelaki mengamuk
Published on: Sunday, February 23, 2025
Published on: Sun, Feb 23, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Polis tahan lelaki mengamuk
Polis memberkas seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun yang dikatakan tiba-tiba mengamuk tanpa sebab di Kg Saddani, Batu 2 Jalan Apas, dekat sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berkenaan turut bertindak menumbuk dinding rumah seorang wanita, 59, sebelum mencapai sebilah parang dan mengancam mangsa dengan kata-kata ugutan.

Advertisement
Menurutnya, mangsa segera membuat laporan polis kerana berasa terancam dengan tindakan agresif dan kata-kata ugutan suspek.

Katanya, susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau menahan suspek tidak jauh dari lokasi kejadian kira-kira jam 3.40 petang Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai empat rekod berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang mengancam keselamatan orang lain.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kejadian jenayah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di daerah ini terjamin.
Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here