Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pemandu 4WD maut kemalangan
Published on: Sunday, February 23, 2025
Published on: Sun, Feb 23, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Pemandu 4WD maut kemalangan
KEADAAN Ford Ranger itu selepas kemalangan.
Tuaran: Seorang pemandu maut manakala penumpangnya parah selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Tuaran-Kota Belud, Kampung Bunga Tenghilan di sini, Jumaat lalu. 

Pemandu lelaki berusia 30 tahun itu tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian membabitkan sebuah lori 10 tan dengan sebuah Ford Ranger pada jam 5.55 petang.

Katanya, lapan anggota bergegas ke lokasi berserta sebuah jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebaik tiba di lokasi, pemandu lori didapati tidak mengalami kecederaan manakala pemandu yang tersepit dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Selain itu, seorang penumpang lelaki yang cedera parah dibawa ke Hospital Tuaran menaiki ambulans KKM untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Advertisement
Menurutnya, mayat pemandu 4WD itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan bomba kemudiannya menjalankan pemeriksaan kenderaan dan sekitar lokasi bagi mencegah bahaya lain.”

Advertisement
Mohd Nor menambah, operasi ditamatkan pada jam 6.31 petang manakala punca kejadian masih dalam siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here