Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah fokus bangunkan infra luar bandar Sabah
Published on: Monday, February 24, 2025
Published on: Mon, Feb 24, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah fokus bangunkan infra luar bandar Sabah
AHMAD Zahid (dua, kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM3.174 juta sebagai geran program pembangunan usahawan Risda kepada Kee Rozalin Mohd Hairum yang mewakili 453 penerima. – fotoBERNAMA
TAWAU: Sabah menerima jumlah peruntukan pembangunan tertinggi daripada negeri lain di Malaysia yang disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sejak tiga tahun berturut-turut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata negeri ini menerima lebih RM1 bilion setiap tahun dalam bajet pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Advertisement
Menteri KKDW itu berkata, tahun ini kerajaan memperuntukkan RM6.15 bilion bagi tujuan pembangunan Sabah melalui pelbagai agensi di bawah kementeriannya.

Menurutnya, peningkatan peruntukan ini menunjukkan komitmen dan keprihatinan Kerajaan Madani untuk membantu kerajaan dan rakyat Sabah menikmati pembangunan negara, kerana menyedari banyak lagi kemudahan infrastruktur dan awam diperlukan di negeri ini demi kesejahteraan rakyatnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Komitmen ini akan berterusan selagi wujudnya kerjasama dan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” katanya ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih Desa@Tawau di Kompleks Sukan Tawau, di sini, pada Ahad.

Program bermula Jumaat hingga Ahad itu merekodkan kehadiran lebih 15,000 pengunjung, manakala jualan tunai yang diperolehi sehingga selesai program dijangka melebihi RM150,000.

Advertisement
Ahmad Zahid berkata, pada tahun ini di bawah Rolling Plan Kelima (RP5), RMK12, daripada RM7.49 billion peruntukan pembangunan KKDW, sebanyak RM1.11 bilion atau 14.8 peratus diperuntukkan bagi Sabah melibatkan 317 projek.

Di daerah Tawau, KKDW memperuntukkan sejumlah RM18.78 juta bagi tujuan pembangunan iaitu pelaksanaan pelbagai projek melibatkan kemudahan awam, infrastruktur perhubungan dan utiliti desa.

Advertisement
Antaranya, projek utama yang akan dilaksanakan, termasuklah pembinaan Jalan Luar Bandar (JALB), Jambatan Luar Bandar (JMLB), penyediaan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB). 

Menyentuh program itu, beliau menyeru usahawan, khususnya di Tawau, agar mengambil peluang mengembangkan potensi perniagaan masing-masing kerana KKDW memperuntukkan RM6 juta tahun ini bagi pembangunan dan pemerkasaan usahawan desa melalui Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB).

Sempena majlis itu, beliau menyerahkan bantuan/geran Risda menerusi Program Pembangunan Usahawan Risda Sabah 2025 dengan kelulusan bantuan kepada 453 penerima berjumlah RM3,174,000.

Beliau turut menyerahkan kelulusan bantuan Mara menerusi Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM) 2025 kepada seorang penerima di Tawau bernilai RM200,000.

Hampir 90 usahawan luar bandar terlibat dalam aktiviti jualan sempena program tersebut, yang termasuk Jualan Rahmah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Dalam lawatan kerjanya di Tawau, Ahmad Zahid juga merasmikan Pejabat Umno Bahagian Kalabakan dan Majlis Sambutan Ulang Tahun Umno Sabah ke-34.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here