Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki maut kereta rempuh susur
Published on: Monday, February 24, 2025
Published on: Mon, Feb 24, 2025
By: Jimmy Goh
Text Size:
Text:
Lelaki maut kereta rempuh susur
ANGGOTA bomba dan polis mengeluarkan mangsa.
Tuaran: Seorang lelaki Cina kelahiran Pulau Pinang berusia 28 tahun maut apabila Perodua Aruz dipandunya merempuh susur keselamatan di tepi jalan di Berungis di Jalan Tuaran, petang Ahad.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5:30 petang ketika mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari Kota Kinabalu (KK) ke Tamparuli.

Advertisement
Pemandu dipercayai hilang kawalan kenderaan, menyebabkan ia terbabas ke susur besi itu.

Impak menyebabkan susur menusuk tempat duduk pemandu sehingga bahagian belakang kereta, menyebabkan kenderaan itu terbalik secara melintang di jalan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian atas badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Nahas itu turut mencetuskan kesesakan lalu lintas teruk di sepanjang laluan Tuaran-Tamparuli, dengan pihak berkuasa bertungkus-lumus selama berjam-jam untuk membersihkan serpihan dan memulihkan aliran lalu lintas seperti biasa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here