Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Romieo, Natasya juara terbuka Borneo Half Marathon
Published on: Monday, February 24, 2025
Published on: Mon, Feb 24, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Romieo, Natasya juara terbuka Borneo Half Marathon
DUDUK kedua dari kiri, Dr Heng, Lifred dan Robert bersama pemenang Piala Antara Bandar.
Kota Kinabalu: Romieo Gomboh dan Natasya Soon merangkul gelaran terbuka pada Borneo Half Marathon (BHM) anjuran bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Kinabalu Running Club (KRC) di Padang Merdeka di sini pada Ahad.

Romieo melepasi garisan penamat dengan catatan masa satu jam 18 minit 52 saat untuk merebut gelaran lelaki diikuti Mohd Ikmal Sahdan (1:19:10) dan Wincentbert Latius (1:19:19).

Advertisement
Natasya merangkul kejuaraan wanita dengan catatan masa satu jam 43 minit 49 saat di hadapan Wei Jun Tan (1:51:15) dan Suhaila Muhamad (1:52:09).

Dalam kategori veteran, gelaran remaja lelaki disandang Samsul Mansur (1:25:10) dengan Randall RF Kadayum (1:25:40) dan Safree Sabdin (1:25:48) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Daniel Tan (1:23.05) merangkul gelaran veteran diikuti Manan Abdullah (1:24:23) dan Mohd Faizal Wahid (1:24:49), manakala Yusop Tungkob (1:25:49) ialah pemenang veteran senior, Jimmy Chai Ping Guan (1:28:20) di tempat kedua dan Tsin Ken Kok (1:5:35) di tempat ketiga

Pemenang gelaran veteran junior wanita ialah Choi Fern Loh (1:36:00) diikuti oleh Trang Chu Minh (1:44:46) dan Samantha Bradfield (1:51:09).

Advertisement
Li Min Hon (1:43:00) memenangi gelaran veteran wanita mendahului Mei Chen Lim (1:47:16) dan Tammy Chew (1:48:52), manakala gelaran veteran senior menjadi milik Mimi Yong (1:51:10) dengan Lee Ping Wong (1:51:32) di tempat kedua dan Kona Liau (1:39:57).

Dalam acara 11km, tiga pemenang teratas dalam setiap kategori ialah: wanita terbuka- Elytrina Jr, Amanda Jayne Willie, Alicna Suzane Johning;  veteran remaja wanita- Silje Torsvik, Noor Zakira Zulrimi, Norazian Alai; veteran wanita-Michelle Idrawatty, Annie Linus @Ann, Jamie Fu; veteran senior wanita- Amelia Chong, Bibi Julkipli, Vilin Imelda.

Advertisement
Manakala untuk terbuka lelaki- Nuralizan Suziana, Zaid Suhaipin, Henky Helerrio Jinior Presley Gamba; veteran junior lelaki- Tommy Dois, Nur Saipul Kadir, Rozzain Subin Syabby; veteran lelaki- Simon Gelasius Kudjil, Mohd Zulkarnain Masuyuk Abdullah, Asdi Weding Asdi; veteran senior lelaki- Roslee Talip, Fauzain Biaan, Suhaipin Surin.

Sementara itu, dalam pertandingan Piala Antara Bandar, Pasukan DBKK A (Mohd Rashidi Barahim, Rozenie Jerome, Wincentbert Latius, Kona Liau) muncul juara diikuti Pasukan DBKK B (Fabian Osmond, Nurul Ain John Chuan, Siti Norzwa Harun, Stefhan Kuling) dan Kuching Utara (Siti Rokiah Basri, Nadzmi Mohamed, Mohd Zulelinda Sanchis).

Lebih 3000 pelari mengambil bahagian dalam acara yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 Kota Kinabalu sebagai Bandaraya.

Majlis penutupan itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Lifred Wong mewakili Datuk Bandar Datuk Seri Sabin Samitah dan turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Robert Lipon dan Presiden KRC Datuk Dr Heng Aik Cheng.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here