Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kuskop peruntuk RM12 juta bagi program Tube
Published on: Monday, February 24, 2025
Published on: Mon, Feb 24, 2025
Text Size:
Text:
Kuskop peruntuk RM12 juta bagi program Tube
Ewon (tengah) merasmikan Majlis Peluncuran Program Tube 11 bersama barisan kepimpinan Kuskop, SME Corp Malaysia, dan Mide di ITCC, Penampang.
PENAMPANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata peruntukan disalurkan menerusi agensinya SME Corp Malaysia itu menyasarkan untuk melatih 500 usahawan di seluruh negara termasuk 110 usahawan dari Sabah. 

Advertisement
“Saya percaya gerakan keusahawanan seperti ini dapat mengeluarkan Sabah daripada kemiskinan tegar yang banyak kali disebut dalam pelbagai platform. Pada masa sama saya berharap usahawan Sabah yang lain juga akan mengambil peluang daripada perkhidmatan disediakan agensi kerajaan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Program Tube 11 di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Program berbentuk latihan asas keusahawanan itu bermula di Sabah sebelum diteruskan di empat zon lain iaitu zon utara, Pantai Timur, Tengah dan Selatan serta Sarawak bermula Mei depan.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata program Tube menyediakan geran permulaan perniagaan maksimum sehingga RM15,000 kepada setiap peserta yang berjaya menamatkan latihan dijalankan selama seminggu.

Advertisement
Beliau berkata untuk tahun ini, program Tube 11 ditambah baik dengan modul latihan yang lebih dinamik dan selari dengan perkembangan terkini ekosistem keusahawanan menerusi topik seperti kecerdasan buatan (AI), pendigitalan serta penerapan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Kuskop juga mencadangkan agar program Tube diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan penambahbaikan yang lebih berfokus meningkatkan keberkesanan program dan meluaskan capaiannya kepada lebih ramai belia Bumiputera di seluruh negara.

Advertisement
Sejak diperkenalkan pada 2014, Tube telah melatih 8,543 belia dengan mewujudkan 15,872 peluang pekerjaan dan mencatatkan nilai jualan terkumpul RM194 juta.

Bagi memastikan belia Bumiputera mendapat sokongan berterusan, SME Corp turut menyediakan pelbagai inisiatif pembiayaan termasuk Tunas-i, iaitu pembiayaan patuh syariah bagi usahawan muda yang ingin memulakan perniagaan, Bumiputera MSMEs Financing Initiative (BMFI)@BEEP yang membantu perniagaan Bumiputera dalam pengembangan modal dan kapasiti serta Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) khusus untuk usahawan menembusi pasaran global melalui sokongan geran dan latihan eksport.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kuskop Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Datuk Zamri Salleh, Pengerusi SME Corp Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Rizal Nainy.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here