Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Peniaga didakwa rosakkan kenderaan milik orang lain
Published on: Tuesday, February 25, 2025
Published on: Tue, Feb 25, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Peniaga didakwa rosakkan kenderaan milik orang lain
Pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.  
Kota Kinabalu: Seorang peniaga kereta terpakai dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan merosakkan kenderaan milik individu lain.  

Tay Kian Min, 42, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas dakwaan melakukan khianat dengan merosakkan bonet Toyota Innova kepunyaan Tay Chiew Mei pada 15 Februari tahun ini, kira-kira jam 6 petang, di sebuah rumah di Jalan Saga, di sini.  

Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.  

Mahkamah menetapkan 23 April untuk tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM) dan membenarkan tertuduh yang diwakili peguam YS Lo dibebaskan dengan jaminan RM1,800 bersama seorang penjamin.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 23 tahun didakwa menceroboh sebuah premis di Kompleks Karamunsing.  

Tukang kayu Jerry Yap didakwa menceroboh kedai Syarikat Tay milik Tay Boon Hong pada 15 Februari, kira-kira jam 9.55 malam.  

Advertisement
Pertuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.  

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali menetapkan 26 Mac untuk PTCM dan membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM1,800.  

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin dan Inspektor Alia Nuurlysa Adnan melakukan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here