Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Anson dan Jamie muncul juara
Published on: Tuesday, February 25, 2025
Published on: Tue, Feb 25, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Anson dan Jamie muncul juara
ANSON (kiri) dan Jamie bersama trofi mereka.
Kota Kinabalu: Pemain golf dari Sarawak, Anson Yeo Boon Xiang, dan peserta tempatan, Jamie Tan Huan Ying, muncul juara dalam Kejohanan Golf Amatur SGCC (Sabah Golf and Country Club) Ke-35 yang berakhir pada Ahad.

Anson, yang mewakili Kelab Golf Samarahan, Sarawak, menjuarai kategori gross lelaki dengan jumlah tiga hari 221 pukulan, mengatasi Akbar Said (222) yang baru-baru ini memenangi Terbuka Amatur KGC manakala tempat ketiga dimenangi Aiden Tai John Roberts dengan 228.

Advertisement
Jamie dari SGCC pula mencatat 235 pukulan untuk kemenangan selesa dalam kategori gross wanita. Siti Nur Husna Aina (243) meraih tempat kedua, sementara Ngo Yi Belle (245) di tempat ketiga.

Dalam kategori nett lelaki, gelaran juara menjadi milik Noah Elhard Esfahan (136), diikuti Shaiful Batong (143) dan Mohd Faizal Tahir (143). Bagi kategori nett wanita, tiga tempat teratas dimenangi NurAllyssa Sofea Razali (137), Putri Haryaty Najwa Harezam (145), dan Chan Koh Yan (147).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Anthony Won (73.0) menjuarai kategori President Invitee-Double Peoria, diikuti Eddie Soon (73.6) di tempat kedua dan Kenneth Usang (74.0) di tempat ketiga.

Seramai 144 peserta mengambil bahagian dalam kejohanan tahunan ini, dengan hadiah utama disampaikan oleh Presiden SGCC, Andrew Yap. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here