Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Faizal johan pertandingan catur DBKK
Published on: Wednesday, February 26, 2025
Published on: Wed, Feb 26, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Faizal johan pertandingan catur DBKK
FAIZAL (tengah), Sahim (kanan) dan Syafie bergambar bersama hadiah kemenangan mereka.
Kota Kinabalu: Mohd Faizal Roslan dari Semporna muncul juara kategori terbuka dalam pertandingan catur DBKK Rapid Fide Rated yang berlangsung di Dewan Komuniti Manggatal baru-baru ini.

Dia menewaskan Abdul Sahim Wising dari Kota Kinabalu untuk membawa pulang wang tunai RM700. 

Advertisement
Sahim terpaksa berpuas hati dengan RM500, manakala Awang Mohd Syafie Mohd Kifflee dari UMSKAL, Labuan menduduki tempat ketiga dan menerima RM300.

Dalam kategori Bawah-18, Brayden Carl Linus dari SM St Michael, Penampang muncul juara diikuti oleh Katherine Samantha Likoh dari SMK Pahang di tempat kedua dan Adi Amsyar Kahimin dari SMK Bundu Tuhan, Ranau di tempat ketiga.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi kategori Bawah-15, Alif Amjad Kahimin dari SMK Bundu Tuhan merangkul kejuaraan, manakala Jason Warren Likoh dari SMK Bahang mendapat tempat kedua dan Stallone Tiyyo Stevenson dari SMK Mat Salleh, Ranau di tempat ketiga.

Ayden Mikail Ab Halim dari SK St John, Tuaran muncul juara kategori Bawah-12. Tempat kedua jatuh kepada Fattah Thoha Fads dari SK Jawi Jawi, Kota Belud di tempat kedua dan Sh Luqman Hafiz Sh Maswan dari SK Likas di tempat ketiga. 

Advertisement
Kategori Bawah-9 pula menyaksikan ACM Muhd Hafiz Suffian dari SK Pekan 2, Semporna dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh Muhd Haziq Suffian dari SK Pekan 2, Semporna di tempat kedua dan Muhd Rayyan Mazrin dari SK St Agnes, Likas di tempat ketiga.

Sementara itu, dua pemain terbaik dalam kategori DBKK ialah Erik Lampangau dan Boniventure Laju Maligkam. 

Advertisement
Pemain veteran terbaik diberikan kepada Abdolrashid R Paodak, manakala Katherine Samantha Likoh menerima pemain wanita terbaik.

Sebanyak 173 peserta termasuk 118 pelajar mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 Jubili Perak Bandaraya Kota Kinabalu

Peserta paling tua dalam kejohanan ini ialah David Tan, 67 tahun dari Sandakan, manakala peserta termuda ialah Muhammad Haziq Suffian, 5, dari Semporna.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah DBKK, Robert Lipon yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here