Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Yakin berdasarkan pencapaian: Ketua Menteri
Published on: Wednesday, February 26, 2025
Published on: Wed, Feb 26, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Yakin berdasarkan pencapaian: Ketua Menteri
RANAU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan gesaannya sebelum ini kepada rakyat Sabah untuk memberi mandat sekali lagi kepada kerajaan pimpinan GRS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17), adalah berdasarkan pencapaian gabungan tersebut sejak memerintah pada 2020.

“Kalau kita cakap bahawa pencapaian kerajaan hari ini begitu baik dan kita perlu diberi mandat sekali lagi pada pilihan raya nanti, kita cakap itu kerana kita yakin kita boleh memerintah Sabah sekali lagi selepas PRN nanti.

Advertisement
“Kita bukan lemah, ada yang cakap kita gagal tetapi kerajaan ini tidak gagal, sebaliknya yang gagal itu ialah mereka itulah yang disebut pencacai-pencacai itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada program Jelajah Sayangi Sabah Zon 4 Ranau anjuran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Pentas Budaya Pekan Kundasang, di sini, pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri yang juga Adun Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan Negeri merangkap Adun Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun, dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Adun Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, rakyat tidak boleh tersalah pilih pada pilihan raya nanti bagi memastikan apa yang pernah berlaku dalam sejarah politik negeri ini tidak berulang.

Advertisement
“Kita kena belajar sejarah politik kita yang lalu, kita mesti bersatu. Jangan ada di Ranau ini taja-menaja (calon), saya tidak mahu dengar itu, kalau dia dari GRS taja orang, kita tidak akan terima itu. Saya ingin menegaskan selaku Pengerusi GRS ini tidak boleh berlaku.

“Kita mesti bijak dalam berpolitik, cukuplah kita digaduh-gaduhkan, dipecah-pecahkan sebelum ini, jangan kita lepaskan peluang kali ini.

Advertisement
“Banyak parti sekarang melihat perpaduan GRS, kita tunjuk kepada mereka bahawa GRS adalah pilihan rakyat kita di Sabah. Ini peluang keemasan yang kita tawar kepada rakyat Sabah,” katanya.

Katanya, PRN17 adalah peluang terbaik untuk menunjukkan bahawa GRS selaku

gabungan parti tempatan adalah pilihan yang tepat untuk rakyat Sabah.

“Kita tonjolkan GRS bukan sembarangan, kita sudah memerintah empat tahun, banyak kejayaan kita capai apabila kita memerintah Sabah.

“Tetapi, ada di luar sana bercakap macam-macam mengenai GRS, itu kerana mereka tidak nampak, tidak melihat apa kejayaan GRS.

Mengenai kedudukan GRS di Ranau, Hajiji menyatakan keyakinannya tiga kerusi DUN di kawasan itu mampu dipertahankan di bawah GRS pada pilihan raya nanti.

Pada majlis itu, Hajiji turut mengumumkan pembinaan semula jambatan gantung di Kampung Lingkudau, di sini, yang rosak akibat arus deras baru-baru ini dengan peruntukan RM350,000.

Selain itu, beliau juga mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi pembesaran Pentas Terbuka Pekan Kundasang dan RM6 juta lagi untuk pembinaan Dewan Serbaguna Kundasang.

Sempena majlis itu, Hajiji turut menyerahkan sejumlah 1,143 geran tanah anak negeri kepada penduduk kampung daripada DUN Kundasang, Paginatan dan Karanaan melibatkan jumlah keluasan 4,177.354 ekar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here