Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Ketua Menteri: IPT India intai lebarkan sayap ke Sabah
Published on: Thursday, February 27, 2025
Published on: Thu, Feb 27, 2025
Text Size:
Text:
Ketua Menteri: IPT India intai lebarkan sayap ke Sabah
HAJIJI (ketiga, kanan) menerima cenderahati daripada Prof Raghunathan sambil diperhatikan Masidi (kedua, kanan), Safar (kanan), Dr Thirumalai (dua kiri) dan Vinod.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik rancangan sebuah institusi pengajian tinggi terulung India, Institut Teknologi India Madras (IITM) untuk melebarkan sayapnya ke Sabah.

“Sabah, melalui Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF), juga melihat kemungkinan menjalin kerjasama akademik dengan IITM,” kata Hajiji, yang merupakan Canselor UCSF.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif IITM Global Engagement Dr Thirumalai Madhavnarayan dan Dekan IITM Global Engagement Prof Raghunathan Remgaswamy.  Mereka diiringi Pengerusi Kumpulan Petra dan Yayasan Sekhar Datuk Seri Dr Vinod Sekhar di Menara Kinabalu di sini, Rabu.

Semasa mesyuarat itu, Ketua Menteri diberi taklimat oleh delegasi bahawa IITM sedang meneroka kemungkinan menubuhkan kampus Asia pertamanya di luar India, di Sabah. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Langkah itu adalah sebahagian daripada perluasan strategik IITM untuk membangunkan ekosistem inovasi global, dengan Malaysia dikenal pasti sebagai lokasi awalnya ke Asia berikutan kejayaan kampus antarabangsa pertamanya di Zanzibar, Afrika, yang dilancarkan dua tahun lalu.

Turut hadir Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Lembaga Pengarah Uni YS Sdn Bhd dan Pengerusi UCSF Datuk Dr Mohd Yaakub Johari dan Naib Canselor UCSF Datuk Dr Rafiq Idris.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here