Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Menteri mahu Sepa terus main peranan penting
Published on: Thursday, February 27, 2025
Published on: Thu, Feb 27, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Menteri mahu Sepa terus main peranan penting
LIEW (keempat dari kiri) bersama Tsen Kim Poh (kiri), Tressie Yap (2 kiri), Wong Tack (ketiga dari kiri), Yee ketiga dari kanan), Ahli Jawatankuasa Sepa Veronica Tan (kedua dari kanan) dan Michele Nainar, anak perempuan mendiang S.M. Muthu (kanan).
Kota Kinabalu: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew mahu Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (Sepa) terus memainkan peranan penting sebagai badan pemantau dan advokasi alam sekitar.

Beliau berkata, Sepa telah menjadi pejuang yang konsisten dalam isu alam sekitar, satu usaha berterusan yang sering kali penuh cabaran sepanjang 42 tahun sejak penubuhannya.

Advertisement
“Saya sedar bahawa ada kalanya isu-isu yang dibangkitkan mungkin menimbulkan ketegangan dengan dasar kerajaan atau syarikat swasta.

“Namun, kerajaan mahu melihat keseimbangan dicapai antara pembangunan dan pemuliharaan serta pemeliharaan alam sekitar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal alam sekitar, saya menumpukan perhatian kepada aspek-aspek ini. Ia bukan tugas yang mudah, dan kita semua mesti bekerjasama untuk memastikan kemajuan sosioekonomi rakyat di negeri ini berjalan seiring dengan usaha perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis ulang tahun ke-42 dan malam pengiktirafan Sepa di sini, baru-baru ini.

Advertisement
Liew turut menyeru Sepa agar mengambil peranan lebih proaktif dengan melibatkan komuniti dalam aktiviti ekonomi mesra alam, sekali gus memastikan pertimbangan terhadap alam sekitar sentiasa menjadi keutamaan.

Menurutnya, selaras usaha memperkukuhkan perlindungan alam sekitar, mungkin sudah tiba masanya untuk menjalinkan semula kerjasama antara Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) dengan Sepa, khususnya menerusi Pusat Tindakan Alam Sekitar yang kini tidak lagi beroperasi.

Advertisement
“Ketika kita memperkukuhkan usaha perlindungan alam sekitar, mungkin sudah tiba masanya untuk mengadvokasi pemulihan kerjasama ini bagi memastikan masa depan Sabah yang lestari,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Sepa, Alexander Yee, mengakui kepentingan untuk terus berhubung, bukan sahaja dengan komuniti tempatan, tetapi juga dalam membina hubungan kerja dengan semua agensi kerajaan, khususnya KePKAS.

Menurutnya, kerajaan kini giat melaksanakan projek di bawah inisiatif Sabah Maju Jaya, namun ia juga membawa cabaran alam sekitar yang semakin meningkat.

“Kami berfungsi sebagai pemerhati, memastikan kebimbangan alam sekitar ditangani dan amalan lestari diberi keutamaan dalam pembangunan Sabah.

“Sepa kini menerima purata satu hingga dua jemputan seminggu daripada agensi kerajaan dan organisasi lain untuk menghadiri pelancaran, taklimat serta mesyuarat mengenai isu-isu kritikal seperti pencemaran, pemanasan global, dan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek pembangunan,” katanya.

Begitupun, Yee berkata tanggungjawab ini amat berat dan mencabar bagi Sepa.

“Dengan peningkatan permintaan terhadap organisasi kami, kami menyedari keperluan untuk menggaji seorang kakitangan sepenuh masa yang mempunyai kepakaran dalam isu alam sekitar.

“Individu ini akan membantu dalam menangani pertanyaan hotline, menguruskan kebimbangan alam sekitar, dan memberikan respons yang lebih berkesan terhadap permintaan yang semakin meningkat.

“Namun, sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan yang bergantung sepenuhnya kepada yuran keahlian dan sumbangan kecil daripada orang ramai, kami kini menghadapi tekanan kewangan yang besar untuk menampung kos operasi. Inilah salah satu sebab utama di sebalik usaha kutipan dana kami yang sedang berjalan,” katanya.

Tambahnya, walaupun mungkin terdapat perbezaan pendapat antara Sepa dan kerajaan, kedua-duanya tetap berkongsi matlamat yang sama, iaitu mewujudkan persekitaran kehidupan lebih baik untuk rakyat.

“Cabaran dalam usaha memelihara alam sekitar Sabah memang besar, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil untuk diatasi. Bersama-sama, kita boleh mencetuskan perubahan dan mengambil tindakan bermakna demi kebaikan masyarakat dan generasi masa depan.

“Marilah kita terus bekerja seiring, menggunakan kekuatan kolektif kita untuk melindungi serta memelihara keindahan semula jadi dan sumber alam Sabah,” katanya.

Majlis yang bertemakan Sustaining Sabah itu turut menyaksikan penyampaian Eco-Guardian Award kepada individu yang memainkan peranan penting dalam advokasi pemuliharaan alam sekitar di Sabah.

Penerima anugerah tersebut ialah mendiang SM Muthu yang menerima Eco-Guardian Posthumous Award, aktivis alam sekitar Wong Tack, arkitek merangkap advokat alam sekitar dan usahawan sosial Tressie Yap, serta perintis majalah alam sekitar, Tsen Kim Poh.

Ridwan mengulangi nasihatnya kepada semua bakal pendaki supaya membuat penilaian serius terhadap kesihatan mereka sebelum mendaki Gunung Kinabalu.

Beliau berkata perlu ada persiapan mental dan fizikal, dan hanya bawa barang yang sesuai dan perlu sahaja.

Beliau turut menasihati pendaki yang mendaki Gunung Kinabalu supaya lebih berhati-hati semasa musim hujan kerana permukaan tanah dan batuan lebih licin berbanding ketika cuaca biasa.

“Sentiasa mendaki dalam kumpulan, jangan berjalan sendirian dan pastikan anda memberi perhatian kepada nasihat pemandu kami. Ini amat penting bagi mengelak kejadian tidak diingini pada masa hadapan,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here