Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua lokasi Bazar Ramadan Kunak dibuka tahun ini
Published on: Friday, February 28, 2025
Published on: Fri, Feb 28, 2025
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Dua lokasi Bazar Ramadan Kunak dibuka tahun ini
Kawasan lapang dekat Pasar Am Kunak dikekal sebagai tapak Bazar Ramadan seperti sebelum ini. (Gambar: Harian Ekspres/Ibrahim Tabir)
KUNAK: Majlis Daerah Kunak (MDKNK) membuat keputusan muktamad pada Jumaat berkenaan tapak lokasi Bazar Ramadan yang akan dibuka di dua buah lokasi untuk tahun ini, sementara cadangan awal tapak baharu yang diumum sebelum ini tidak dapat digunakan atas faktor tertentu.

Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazri Pintal berkata dua tapak Bazar tersebut yang akan beroperasi bermula 1 Ramadan masing-masing di kawasan lapang bersebelahan Pasar Am Kunak dan satu lagi lokasi Bazar Ramadan di dataran Sedco berhampiran Pasaraya Servay.

Advertisement
"Sebanyak 110 lot peniaga Bazar di tempatkan di dataran lapang dekat Pasar Am,  sementara 42 lot di dataran Sedco dekat Pasaraya Servay", katanya kepada Daily Express, Jumaat.

Keputusan ini dibuat selepas majoriti peniaga mahu supaya tapak lama Bazar seperti sebelum ini dikekalkan untuk tahun ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Nazri, peniaga kiosk sedia ada di kawasan tersebut juga akan menjalankan operasi bersama mereka dengan peniaga-peniaga Bazar Ramadan di kawasan itu.

"Selepas sesi libat urus, dan maklum balas daripada peniaga hari ini (Jumaat), pihak Majlis membuat keputusan muktamad untuk menetapkan tapak Bazar Ramadan di dua lokasi itu", katanya.

Advertisement
Selain sesi taklimat dan cabutan undi untuk setiap lot peniaga hari ini, penerangan berkaitan keselamatan makanan juga disampaikan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan daerah, katanya.

Sementara itu, Nazri berkata kawasan lapang bekas bangunan Dewan Masyarakat akan dijadikan tempat parkir kenderaan kepada pengunjung Bazar dan juga peniaga.

Advertisement
"Untuk tahun ini kita sedang merancang untuk menaiktaraf kawasan lapang bekas Dewan Masyarakat itu supaya keadaannya lebih selesa", katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here