Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ekploitasi seks: Pemandu e-hailing didakwa perdagang gadis bawah umur
Published on: Friday, February 28, 2025
Published on: Fri, Feb 28, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Ekploitasi seks: Pemandu e-hailing didakwa perdagang gadis bawah umur
Kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara antara lima tahun dan penjara seumur hidup, dan sebat, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pemandu e-hailing berusia 40 tahun didakwa memperdagangkan empat gadis bawah umur untuk eksploitasi seks.

Wong Aik Yen mengaku tidak bersalah di hadapan dua Hakim Mahkamah Sesyen, Noor Hafizah Mohd Salim dan Marlina Ibrahim, terhadap empat pertuduhan terhadapnya. Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, Wong dituduh memperdagangkan remaja perempuan berusia 15 tahun dan 10 bulan, 13 tahun dan tujuh bulan, 15 tahun dan enam bulan serta 16 tahun dan tujuh bulan untuk eksploitasi seks.

Advertisement
Kesalahan yang didakwa berlaku di tempat terpencil di kediaman di Imago, pusat kesihatan dan hotel di sini pada Mac 2023, Disember 2024 dan Januari tahun ini.

Kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara antara lima tahun dan penjara seumur hidup, dan sebat, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 26 Mac tahun ini dan memerintahkan Wong direman selanjutnya sementara menunggu kesnya selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus manakala Wong diwakili peguam Mohamad Syazwan Shah Mohamad Ali.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here