Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Bung Moktar, isteri akan fail semakan terhadap keputusan perintah bela diri
Published on: Friday, February 28, 2025
Published on: Fri, Feb 28, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Bung Moktar, isteri akan fail semakan terhadap keputusan perintah bela diri
Bung Moktar, 65, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa pada 3 Mei 2019, dengan dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual. - FOTO Bernama.
Kuala Lumpur: Pihak pembelaan yang mewakili Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad akan memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan pasangan itu membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Peguam M. Athimulan yang mewakili Bung Moktar memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad bahawa pihaknya akan memfailkan semakan berkenaan dalam tempoh terdekat.

Advertisement
“Kedua-dua anak guam kami mengarahkan supaya satu permohonan semakan difailkan di Mahkamah Rayuan,“ kata Athimulan yang mengendalikan kes bersama peguam Dev Kumaraendran yang mewakili Zizie Izette.

Menurut Athimulan selepas permohonan semakan itu difailkan, pihak pembelaan akan memfailkan permohonan bagi penangguhan perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini sehingga pendengaran semakan diputuskan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry memohon supaya pihak pembelaan mengemukakan permohonan penangguhan perbicaraan secara bertulis selain tarikh-tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan.

Hakim Rosli mengekalkan tarikh-tarikh perbicaraan pada 9 hingga 11 April, 14 dan 15 April serta 5 dan 6 Mei 2025, dan menetapkan 11 Mac untuk sebutan kes.

Advertisement
Mahkamah Rayuan pada 18 Nov lepas memerintahkan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berkenaan, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan pasangan itu yang diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada 7 Sept 2023.

Pada 2 Sept 2022, Rozina memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri atas tiga pertuduhan rasuah itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka di akhir kes pendakwaan.

Advertisement
Bung Moktar, 65, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa pada 3 Mei 2019, dengan dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette, 46, di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari hingga 5 petang 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here