Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Karnival Sukan Tertutup Mukim Nalapak meriah
Published on: Friday, February 28, 2025
Published on: Fri, Feb 28, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Karnival Sukan Tertutup Mukim Nalapak meriah
MURUK Gabungan (berdiri) yang muncul juara pertandingan bola sepak bersama pasukan naib juara, Muruk (duduk).
RANAU: Suasana Karnival Sukan Tertutup Mukim Nalapak anjuran Wiramuda dan Wiranita Star N.38 Paginatan berlangsung dekat sini baru-baru ini dalam suasana meriah dengan penglibatan ratusan anggota masyarakat khususnya golongan belia.

Karnival sukan membabitkan acara dart, bola sepak dan bola tampar itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Adun N.38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.

Advertisement
Bagi pertandingan dart, juara dimenangi Secangkir B/F (Boby & Farizal), naib juara Tedung Barry/Ejit, tempat ketiga dan keempat bersama Secangkir H/K dan Tedung Epun/Mentuk, manakala tempat kelima hingga kelapan dimenangi Tedung Baru, Tea Team, Secangkir T/S dan Secangkir F/E.

Manakala 180 terbanyak dimenangi Majaim, 171 terbanyak dimenangi Hamid, check bull terbanyak dimenangi Robbin dan check tertinggi menjadi milik Kinut. Anugerah pemain dart termuda dimenangi Aldern, Adi, Hiffan dan Ezril.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi acara bola sepak, pasukan Muruk Gabungan muncul juara, manakala pasukan Muruk muncul naib juara, dan tempat ketiga dikongsi Star Paginatan A dan Star Paginatan B.

Bagi acara bola tampar lelaki, johan disandang oleh pasukan Kebuh, manakala naib johan disandang Luanti VC sambil tempat ketiga dikongsi oleh Luanti dan Muruk.

Advertisement
Acara bola tampar wanita diungguli Star Paginatan, manakala naib johan disandang Nalapak, diikuti Gabungan Nalapak di tempat ketiga.

Abidin mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur dan semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam program ini.

Advertisement
Tambahnya, penganjuran aktiviti sukan seperti ini sudah tentu dapat mengeratkan silaturahim antara peserta.

“Penyertaan pemain sepanjang perlawanan menunjukkan golongan belia dan masyarakat amnya di sini sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

“Ia juga secara tidak langsung membolehkan peserta menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing terutama dalam perlawanan bola sepak, bola jaring dan bola tampar seperti ini.

“Karnival sukan seperti ini juga dapat mencungkil bakat terpendam yang boleh ditonjolkan di peringkat lebih tinggi, sekali gus memberi peluang kepada mereka yang ingin lebih aktif dalam acara sukan yang diceburi.

“Acara ini juga sedikit sebanyak mengurangkan, malah boleh mengelak rakyat semua peringkat daripada terjerumus ke dalam aktiviti yang tidak diingini iaitu penyakit sosial seperti penyalahgunaan dadah dan seumpamanya,” katanya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Wiramuda, Hillary Salmoen, Ketua Wiranita, Pegawai Khas Adun Siti Nurjana Abas, Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal dan pemimpin tempatan yang lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here