Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Sabah catat ketibaan pelancong 3.14 juta tahun lepas
Published on: Friday, February 28, 2025
Published on: Fri, Feb 28, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Sabah catat ketibaan pelancong 3.14 juta tahun lepas
LIEW (keempat dari kiri) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Abdul Hariz Matlah. Empat dari kanan adalah Joniston.
Kota Kinabalu: Sabah mencatatkan resit pelancongan RM7.28 bilion pada 2024, meningkat RM1.52 bilion berbanding RM5.76 bilion pada 2023.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew, berkata industri pelancongan negeri berkembang positif dengan ketibaan pelawat meningkat 20.4 peratus kepada 3.14 juta pada 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Advertisement
“Ketibaan pelawat mencecah 3,147,480 orang, melebihi sasaran 3 juta. Pemulihan sektor ini mencapai 75 peratus daripada tahap sebelum pandemik, didorong oleh peningkatan pelancong domestik dan antarabangsa, terutama dari China dan Brunei.

“Secara keseluruhan, ketibaan pelancong antarabangsa pulih 86 peratus berbanding tahap pra-pandemik. Pasaran utama seperti China, Indonesia, Filipina, Taiwan, Jepun, India, dan Eropah turut menyumbang kepada pertumbuhan positif ini,” katanya dalam amanatnya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KepKas) di Hotel Hilton Kota Kinabalu, di sini, Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai.

Katanya lagi, kementeriannya berusaha mencapai sasaran 3.5 juta ketibaan pelancong ke Sabah tahun ini dengan meneroka pasaran baharu, termasuk Rusia.

Advertisement
“Tahun ini, kita akan mengadakan program promosi luar di Moscow untuk menarik pelancong Rusia. Mereka sudah mengunjungi Thailand dan Singapura, dan kita mahu membawa mereka ke Sabah terutamanya pada musim sejuk kerana pasaran di sana berpotensi besar.

“Selain Rusia, kita juga akan meneroka peluang di negara lain seperti Australia dan India.

Advertisement
“Kerajaan Negeri sangat menyokong usaha ini dan telah meluluskan 11 program promosi luar, di mana saya sendiri akan mengetuai enam daripadanya,” katanya.

Tambahnya, dalam peralihan ke Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), KePKAS akan memberi tumpuan kepada program dan projek berimpak tinggi bagi memperkukuh industri pelancongan, memartabatkan kebudayaan, serta memperkukuh pemuliharaan alam sekitar.

“Inisiatif seperti peningkatan infrastruktur pelancongan, pemeliharaan warisan budaya dan alam sekitar akan terus diperhebat bagi memastikan pembangunan mampan Sabah.

“Saya menyeru semua jabatan dan agensi di bawah kementerian agar terus memainkan peranan penting dalam memperkasa sektor ini.

“Setiap perancangan untuk 2025 perlu diterjemahkan kepada KPI yang jelas dan berimpak tinggi serta dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Majlis itu menyaksikan 45 pegawai dan kakitangan dari enam jabatan serta agensi di bawah KePKAS menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Liew.

Antara penerima ialah Rupika Latak dan Abdul Hariz Matlah, masing-masing berkhidmat dalam perkhidmatan awam negeri selama 14 tahun.

Anugerah Khas Setiausaha Tetap 2024 disampaikan oleh Setiausaha Tetap KePKAS, Datuk Josie Lai, kepada Norsofianah Mohamad Sapi, Nor Shahidah Abd Rashid, Mohammad Abdul Ghafar Sakiling, Noordelina Abdullah Minun dan Florence Muyao.

Kementerian turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada pegawai dan kakitangan yang layak dari Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Lembaga Kebudayaan Sabah, Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Muzium Negeri dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here