Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Mahkamah tolak bantahan Kerajaan: NGO mempunyai ‘locus standi untuk mencabar Akta Laut Wilayah 2012
Published on: Friday, February 28, 2025
Published on: Fri, Feb 28, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Mahkamah tolak bantahan Kerajaan: NGO mempunyai ‘locus standi untuk mencabar Akta Laut Wilayah 2012
Siew, dalam penghakimannya, merujuk isu locus standi kepada keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan ke atas kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid & Anor lwn. Kerajaan Negeri Kelantan [2024] 3 CLJ 323.
Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi pada Khamis memutuskan bahawa Badan Bertindak Memperjuangkan Hak Sabah (Sabar) mempunyai locus standi untuk mencabar Akta Laut Wilayah (TSA) 2012.

Hakim Alexander Siew How Wai turut menolak bantahan awal oleh Kerajaan Malaysia yang mempertikaikan hak Mahkamah Tinggi untuk mendengar kes terbabit.

Advertisement
Siew, dalam penghakimannya, merujuk isu locus standi kepada keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan ke atas kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid & Anor lwn. Kerajaan Negeri Kelantan [2024] 3 CLJ 323.

“Penghakiman majoriti dalam kes Nik Elin secara efektif telah menghapuskan prinsip locus standi bagi saman yang mencabar kesahihan mana-mana undang-undang atas dasar ketidakkonsistenannya dengan Perlembagaan Persekutuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kini, sesiapa sahaja boleh memfailkan saman bagi mencabar perlembagaan sesuatu undang-undang,” katanya.

Beliau menyatakan dalam keputusannya, Mahkamah Persekutuan menyatakan: “Tiada apa-apa yang dinyatakan secara eksplisit atau tersirat dalam Perkara 4(3) dan 4(4) yang menunjukkan bahawa sesiapa yang ingin mencabar kesahihan sesuatu peruntukan undang-undang mesti terlebih dahulu membuktikan alasan mereka untuk membawa cabaran tersebut (selain daripada perlu mengemukakan hujahan mengapa peruntukan yang dicabar adalah tidak sah berdasarkan Perkara 4(3)).

Advertisement
“Semua rakyat (dan dalam beberapa kes, semua individu) berhak bergantung kepada Perlembagaan Persekutuan untuk perlindungan serta membawa cabaran kompetensi ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 4(4) dan 128 Perlembagaan Persekutuan.

“Penggubalan sesuatu undang-undang (sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri) adalah tindakan atau tingkah laku perundangan yang sentiasa tertakluk kepada semakan kehakiman selaras dengan prinsip pemisahan kuasa.

Advertisement
Tiada asas perlembagaan untuk menghadkan jenis atau kategori individu yang boleh, sekurang-kurangnya, mencabar kewujudan undang-undang sebagai satu tindakan perlembagaan yang berasingan selain daripada kes di mana seseorang yang terkesan oleh pelaksanaan kuasa tersebut boleh turut mencabar kesahihan undang-undang yang sama.” 

“Dalam penghakiman bertententangan dalam kes Nik Elin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak telah secara komprehensif menghuraikan keperluan mengekalkan syarat locus standi walaupun dalam cabaran terhadap keperlembagaan sesuatu undang-undang.

“Mahkamah ini terikat dengan penghakiman majoriti dalam kes Nik Elin,” katanya.

Berhubung bantahan Defendan yang mempertikaikan hak Mahkamah Tinggi untuk mendengar kes tersebut, Siew berkata mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan tersebut kerana kes ini bukan dibawa oleh Kerajaan Negeri tetapi oleh sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau berkata Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan ‘Negeri’ sebagai ‘Negeri dalam Persekutuan’, oleh itu, Perkara 128 harus dibaca sebagai terpakai kepada Negeri Sabah dan bukan mana-mana badan atau entiti lain seperti SLS.

“Dengan kata lain, memandangkan Kerajaan Negeri Sabah bukan pihak dalam prosiding ini, tidak boleh dikatakan bahawa ia termasuk dalam takrifan Perkara 128(1)(b) yang membayangkan suatu pertikaian antara Negeri dan Persekutuan,” jelasnya.

Katanya lagi, dalam kes ini, Negeri Sabah tidak membuat sebarang tuntutan bagi pihaknya sendiri, oleh itu, tidak boleh dikatakan wujud pertikaian antara negeri tersebut dengan Persekutuan.  

“Perlu diperhatikan bahawa Perkara 128(1)(b) menyatakan bahawa pertikaian ‘antara’ Persekutuan dan mana-mana Negeri berada dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Persekutuan; ia tidak menyebut bahawa pertikaian yang ‘mempengaruhi’ atau ‘berkaitan’ dengan Persekutuan dan mana-mana Negeri berada dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Persekutuan.  

“Perkara utama di sini ialah: jika Perkara 128(1)(b) bertujuan untuk mengenakan sekatan substantif terhadap jenis kes yang mesti dibawa hanya ke Mahkamah Persekutuan, ia sepatutnya menggunakan perkataan yang berbeza.  

“Hakikat bahawa perkataan ‘antara’ digunakan menunjukkan bahawa perkara penting adalah pihak dalam tuntutan tersebut, iaitu Persekutuan dan mana-mana Negeri, bukannya bahawa saman itu memberi kesan kepada Persekutuan dan/atau mana-mana Negeri.  

“Secara umumnya, bidang kuasa eksklusif Mahkamah Persekutuan mesti ditafsirkan secara ketat; maksudnya, melainkan bidang kuasa eksklusif tersebut diperuntukkan secara jelas oleh Perlembagaan, mahkamah harus berhati-hati dalam menegaskan bidang kuasa sedemikian.  

“Terdapat beberapa sebab bagi perkara ini, antaranya adalah bagi memastikan pihak yang terkilan tidak dinafikan hak mereka untuk merayu, serta bahawa struktur umum Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk menentukan isu-isu perlembagaan (rujuk kes Gin Poh Holdings Sdn Bhd lwn. Kerajaan Negeri Pulau Pinang & Ors [2018] 4 CLJ 1; [2018] 3 MLJ 417).  

“Dalam kes ini, Plaintif bukanlah Negeri Sabah atau mana-mana wakilnya, tetapi sebuah NGO,” katanya.  

Dalam pandangan Mahkamah ini, Siew berkata tuntutan ini bukanlah pertikaian ‘antara Persekutuan dan mana-mana Negeri’ seperti yang dimaksudkan dalam Perkara 128(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.  

Pada September 2023, saman pemula telah difailkan oleh Pengerusi Sabar, Datuk Dr Johan Arriffin Samad, yang mempertikaikan kesahihan TSA, yang mengehadkan sempadan maritim Sabah kepada hanya tiga batu nautika, dan menamakan Kerajaan Persekutuan Malaysia sebagai satu-satunya defendan.  

Plaintif memohon deklarasi bahawa Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 tidak terpakai, tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal di dalam wilayah Sabah selepas 19 Jun 2012;  

Dekalirasi bahawa wilayah Sabah, selepas pembatalan Pengisytiharan Darurat 1969 pada 19 Jun 2012, merangkumi pelantar benua di bawah Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan) 1954;

Deklarasi bahawa Ordinan Perlombongan 1960 adalah sah di Sabah selepas 19 Jun 2012;

Deklarasi bahawa Seksyen 3(3) Akta Laut Wilayah 2012, yang mengehadkan perairan wilayah Sabah kepada tiga batu nautika, tidak terpakai, tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal di Sabah berkuat kuasa 22 Jun 2012;  

Deklarasi bahawa perairan wilayah Sabah, selepas pembatalan Pengisytiharan Darurat 1969 pada 19 Jun 2012, merangkumi 12 batu nautika laut di bawah Konvensyen Mengenai Wilayah Laut dan Zon Bersempadanan 1958) dan Perintah Borneo Uara (Definisi Sempadan) dalam Majlis 1958;  kos dan sebarang relif lain yang dianggap wajar oleh Mahkamah.  

Kerajaan Persekutuan telah mengemukakan dua bantahan awal berhubung sama ada Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes ini dan sama ada Sabar mempunyai locus standi untuk meneruskan saman tersebut.  

Siew menetapkan 14 Mac untuk sebutan lanjut berhubung permohonan lain di hadapan Mahkamah.  

Pihak plaintif diwakili peguam Roland Cheng, manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly mewakili pihak defendan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here