Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Edar dadah: Penganggur kena 30 tahun, 12 sebatan
Published on: Saturday, March 01, 2025
Published on: Sat, Mar 01, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Edar dadah: Penganggur kena 30 tahun, 12 sebatan
Utuh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.  
TAWAU: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan diperintah dikenakan 12 kali sebatan rotan kerana mengedar lebih 26 kilogram (kg) kanabis, dua tahun lalu.  

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Duncan Sikodol, menjatuhkan hukuman itu terhadap Utuh Derman Isim, 47, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap Utuh.

Advertisement
Utuh didapati bersalah mengedar 26,215.3 gram kanabis di tangga sebuah bangunan di Bandar Sri Indah (BSI), di sini, pada jam 5 petang, 12 September 2022.  

Dia disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah memerintahkan Utuh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 12 September 2022.  

Semasa mitgasi, peguam Datu Baginda Datu Laja memohon agar anak guamnya dikecualikan daripada hukuman mati dan sebaliknya diberikan hukuman lebih ringan kerana ini merupakan kesalahan pertamanya.  

Advertisement
Beliau juga memaklumkan mahkamah bahawa Utuh, yang masih bujang, perlu menyara ibunya.  

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif, meminta mahkamah mengenakan hukuman berat mengambil kira jumlah berat dadah yang terlibat.  

Advertisement
Beliau berkata, pihak pendakwaan mengiktiraf dan menghormati pemansuhan hukuman mati mandatori, yang memberi mahkamah pilihan untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebagai ganti hukuman mati.  

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa hukuman bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan serta berat dadah yang terlibat, terutamanya bagi kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.  

Perbicaraan berlangsung dari 13 hingga 16 Januari dengan tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, manakala Utuh merupakan satu-satunya saksi pembelaan.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here