Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki parah kenderaan terbabas, rempuh parit
Published on: Saturday, March 01, 2025
Published on: Sat, Mar 01, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Lelaki parah kenderaan terbabas, rempuh parit
MANGSA cedera teruk di dalam kenderaan itu.
RANAU: Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun cedera parah apabila kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah parit, dekat sini, awal Khamis.  

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata kejadian berlaku berhampiran Kampung Kibas di sini, jam 1 pagi.  

Advertisement
“Panggilan mengenai kejadian diterima melalui Talian Balai jam 1.11 pagi, dan sepasukan sembilan anggota yang diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Waslie bin Saupin, dikejarkan ke lokasi kejadian.  

“Setibanya di lokasi yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai, kami mendapati sebuah kenderaan jenis Proton Iswara terbabas dari jalan.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Terdapat seorang mangsa lelaki yang berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan mengalami pelbagai kecederaan.

“Mangsa diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada untuk dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut. Selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi, operasi ditamatkan jam 2.39 pagi,” katanya.  

Advertisement
Sementara itu, beliau mengingatkan semua pemandu agar lebih berhati-hati ketika memandu, terutama di jalan kampung yang sempit dan berselekoh.  

“Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika memandu dalam keadaan hujan serta di atas jalan rosak atau dalam proses pembaikan.  

Advertisement
“Sentiasa peka ketika berada di jalan raya dan berikan kerjasama yang baik kepada pengguna jalan lain. Pandulah dengan perlahan, terutama di kawasan jalan tidak rata,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here